Sunday, June 8, 2014

Jemput-Jemput Jagung rangup di luar lembut di dalam


Selamat pagi ahad... Wah kengkorang beronok ronok ye kenduri sana sini, bercuti sana sini. Jelez i tau. Maklum la musim cuti sekolah la katekan. Pasti semua tempat akan padat dan sesak. I lom ada kekuatan untuk berlibur di kala ini.. Lepak je kat rumah, sepah2 rumah, kemas2 rumah dan sepah2 lagi.. Rutin hujung minggu kalu xke mana2... 

Klu duduk rumah ni, sasaran utama adalah depan tv dan dapur. Ke hulu ke hilir cari makanan, buat makanan, kadang2 buang makanan.. Ye la sisa2 tulang belulang tu kan, kite buang bagi ayam makan. Klu ada kucing tu rezeki kucing la.... Sama2 gemok... Hahahaha 

Cite pasal tv, Astro wat siaran free semua channel minggu ni. Start jumaat last hari ni... Ha ape lagi layanzzzz.... Juga tahniah buat pasukan Pahang smalam.. Juara Piala FA untuk kali kedua.. Syabas jga untuk pasukan Felda yg berjaya mara ke final... Xpela Felda walaupun pada mulanya leading dengan Pahang tapi semangat juang Pahang berterusan hingga ke saat 5 minit terakhir..

Ok, cite pasal jagung pagi pulak.
Semalam kitaorg g market Banting bli lauk mentah... Pas tu ada seorang pakcik jalan kaki bawak jagung mentah ketuk tingkap kete nk jual jagung. mula2 tak nak pastu die kate tolong la bli, berat ni nk bawak. Kesian pulak tgk jadi beli la 2 beg plastik ada 10 tongkol semuanya RM 10. Jagung tu da bersih da, balik tinggal basuh dan masak la mcm ne yg kitaorg suke... 

So petang semalam, i decide rebus je jagung tu 5 tongkol kerat 2 dapatla seploh.. Senang anak2 nk mkn. Dorang klu bagi panjang2 lambt habis, xpon mkn xlicin... Sayang je... Nk rebus jagung ni keje senang je. Didihkan air dlm periuk agak2 jagung nk direbus tu bole tenggelam, masukkan garam sesedap rase, masukkan jagung yg da dibersihkan. Biarkan sampai jagung kelihatan kuning kekuningan dan isi jagung lembut ( klu gigit tu nampk tulang lembut jagung). Matikan api dan toskan jagung biar sejuk dan hidangkan. 

Pagi ni lak, fikir nk wat sarapan ape la pulak kan? Teringatkan jagung yg ada lagi 5 tongkol tu. Senang keje kite wat jemput2 jagung yang da dialter sendiri. 
I ni suke sangat mkn jemput2... Klu buat list yg duk atas sekali jemput2 ikan bilis... Semua jemput2 mempunyai bahan asas yang sama iaitu tepung dan air. Dua bahan ni kite campur letak bahan perasa da bole da jadi menu jemput2... Tinggal lagi kite olah je bahan sampingan dalam bahan asas untuk jadi jemput2 yang kite nk.. 

Ok, yang pagi ni i nk kongsi bahan untuk jemput2 jagung i buat pagi tadi. 

Tepung gandum
Tepung beras
Air panas didih
Jagung mentah
Bawang merah besar
Ikan bilis 
Serbuk perasa @garam 
Minyak untuk menggoreng secukupnye (deep fried)

Sukatan adalah terletak pada citarasa masing2. Untuk tepung beras dan tepung gandum, pastikan nisbah tepung beras adalah 1:3 dgn tepung gandum ye. Bawang besar+ ikan bilis + garam bertindak sebagai agen perasa. Hero nye adalah jagung. 

Cara-caranya 
1. Tumbukkan satu setengah biji bawang merah saiz sederhana dgn 3 cubit ikan bilis yang da basuh sehingga lumat. Nk kasar2 skit pun bole. 

2. Campurkan 2 cawan tepung gandum dan satu senduk besar tepung beras, masukkan 1 tongkol isi jagung mentah yang telah dikikis. Gaul rata. 

3. Campurkan bahan tumbuk tadi dgn tepung yang telah digaul rata, tambah garam skit. Ingatan, ikan bilis da pon rase masin, so jgn letak bayk2 garam ye. Gaulkan lagi.

4. Air panas didih dituang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sambil tepung digaul sehingga semua tepung sebati. Tekstur tepung kan jadi bertanduk dan likat (lebih rangup) @ cairkan sedikit adunan mcm ni. ( lebih lembut). Biarkan sekejap. 
5. Sudukan adunan tadi ke dalam minyak yang panas. Goreng hingga kuning dan kekuningan, angkat dsn toskan. Sedia dihidang panas2... 


Jemput2 ni xpedas sebb anak2 bole mkn. Klu nk pedas bole tambah cili mase tumbuk bawang dgn ikan bilis @ makan dengan cili sos. 

Tekstur gorengan ni akan rangup di luar dan lembut di dalam. Adunan yang lebih bertanduk akan hasil gorengan yg lebih rangup. Tapi takot anak2 susah nk mkn. I buat cair skit. 

Jempot makan jemput semua... 

No comments: