Showing posts with label Ceremony. Show all posts
Showing posts with label Ceremony. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Alhamdullillah..Alhamdullilah....
Amin...
Akhirnya doa rakyat Malaysia da termakbul untuk membolehkan Malaysia mempertahankan Emas Bola Sepak semalam....
Permainan yang boleh dikatakan sengit antara Malaysia dan Indonesia....
Rasenye menang atau kalah tetap puas hati dengan aksi dari kedua-dua pasukan untuk mencari peluang menjaringkan gol....
Ketepikan semua onar-onar penyokong Indonesia...
Pasukan kita cekal dan tabah mencari peluang untuk menyamai kedudukan dalam separuh masa pertama...
Huh lega...first time tau tgk bola aksi melebihi si husben...
Aku yang lebih-lebih pulak
Sampai SI harraz pun da terikut-ikut...hahahahhaa
tu la die penangan bola kali ni..
Nasibla semalam xpyh nak masak mlm...
best-best best...
Tp aku akur dengan kehendak mate yang suroh tidur...
Separuh mase kedua memang tgk kejap jer sebab da mengantuk sangat.
Keputusan tau pagi2 bukak tv tgk bite..Akhirnya
Senyum je nak g keje
hahahahahhaa
Semangat kerja pun lebih baik dari semalam
Tu la orang kate kalu kite kuar rumah muka senyum mesti keje menjadi jer kan
hati senang katekan...
Puas Hati
Tahniah Pasukan Malaysia dan Rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong walau pun jauh nun di seberang
Ketemu lagi 2 tahun dari sekarang
Episod bola seterusnya...

Monday, November 21, 2011

Drama King...

Assalamualaikum....

Huhuhu babak setiap babak....
Babak bola...drama bola...
Rasenye rakyat Malaysia telah diuar2kan akan pusingan final bola Sukan Sea malam ni....
antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bung Karno, Indonesia
Dengar nama stadium pun da mcm nk seram
belum tgk lagi penyokong-penyokong dorang...
Macam gladiator pulak
huhuhuhuhu

Kedai-kedai makan pun da mula open table...
da mula turun screen2 besar nak tarik perhatian pelanggan
Harap-harap jangan hujan turun je la
Sian kat dorang nanti

Rakyat Malaysia walau jauh di mata tetap dekat di hati...
Walau xder kat Stadium tu pasti dorang dengan semangat waja tetap memberi sokongan padu pada team Harimau Muda Kita...

Kita Doakan yang terbaik je la pada dorang
Mengharapkan permainan malam ni xakan ader drama-drama yang tidak diingini
Semoga Kejayaan untuk rakyat Malaysia
Ameen....

p/s Esok Harimau Muda menang atau kalah, Johor tetap cuti
Happy Holiday rakyat Johor....

Friday, November 18, 2011

Jumpe lagi...

Hari ni jer da dua kali nak post entry... nampak sangat la....
Eh x eh bukan xder keje... tapi banyak keje...nak update blog pun satu keje gak tau
tu la sape suruh memandai nak ader blog gak
kan da padan nak kene update blog walau xder saper suruh pun, and xder saper pun nak tgu next entry...
tp hari ni sajer je nak update gak...
nak godek sane sini...

Cite semalam..rasenya da ramai sangat tau dan  semua orang senyum lebar jer hari ni biler cakap pasal bola smalam... penangan bole ni hebat gak. Sampai media prima sanggup tukar siaran buletin utama jam 8.00 malam ke 7.30 malam dan tamat pada 8.00 mlm untuk bagi laluan siaran langsung perlawanan bola sepak peringkat akhir kumpulan A Sukan Sea kat Indonesia antara Malaysia dan Indonesia or Harimau Muda vs Garuda... betul ker garuda tu xwujud??? habis yang burung besar2 tu burung aper??? hrmm xkira la... sume nyer nak jadi binatang ganaz-ganaz..dulu dengan singapore jadi Singa... tp lawan Myanmar dgn Vietnam xder pulak name binatang yang keluar....Semalam game kira ok la...Sebab  rase Garuda xkuarkan kuku sebenar....so xleh nak kate Harimau Muda da selamat...so kite tunggu Peringkat akhir kalau Harimau Muda jumpe Garuda lagi... time ni mungkin Garuda akan keluarkan kuku die yang sebenar....

Walau ape pun..berfikiran positif dan teruskan beri semangat kepada pasukan Malaysia...Xkire la jumpe sesiapa pun...Tahniah Harimau Muda... tahniah Ong Kim Swee...pas ni leh dapat title Dato'/ Datuk gak tak..hehehehe... tahniah Khairul Fahmi...terbang terbang....pengadil yang adil lagi tegas....agak2 kalu jersi Malaysia tukar mungkin lebih berseri kot.asyik kuning jer...mcm da boring jer...lain color la pulak..betul tak???

Bye...

Thursday, December 30, 2010

Pengumuman...Pengumuman

 Semalam menjadi sejarah buat rakyat Malaysia apabila buat julung kali selepas 14 tahun, akhirnya Piala Suzuki AFF menjadi milik Malaysia

Barisan Pemain yang telah membanggakan rakyat Malaysia di bawah kelolaan jurulatih K. Rajagopal yang telah bermain bermati-matian. 

Kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan

Justeru itu, rakyat Malaysia telah dihadiahi
cuti umum pada 31 December 2010
sempena Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010

Hurey!!!!!!!! esok cuti
Perancangan?????
Duk umah kemas umah
hehehehehe


Sisipan Tahun Baru