Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Tahun 2012

Weeee......
Assalamualaikum..........
Hari ni da 21 Disember 2011
Pejam Celik Pejam Celik kejap jer rase tahun 2011 kan??
25 Dec 2011 ni Harraz genap 2 tahun
penuh pancaroba betul melayan anak yang sedang membesar
Ada kala terlepas gak la tangan ni..gedebuk kat badan dia..
Buat dek jer muka budak tu, xtau maknye ni tengah naik angin da xsabar nak layan kerenah die
Menyesal pun ada
Tp orang kata kalu sayang ditangan-tangan kan..hahahahaha
Sajer la tu nak cover...
Tp kadang-kadang bile tgk dia tidur tu
Xsampai hati pulak bile tringat didebukkan budak tu
hrmmmm....

Tahun 2012 bakal menjelang kurang dari 10 hari
da buat taqwim 2012 ker???
Kene rewind balik tahun 2011..
Da capai ke ape yang ditaqwimkan awal tahun 2011
Aku tahun ni yang xder dalam taqwim pun da capai tahun 2011
hahahahah
orang kate rezeki kan???
Nak wat caner....
Alhamdulillah tahun 2011 agak memberangsangkan
Banyak perkara baik-baik yang berlaku
Rezeki bertambah
Kehidupan yang lebih menyakinkan
Semoga berterusan hingga ke tahun-tahun seterusnya

Plan tahun 2012 secara terperincinya lum la sangat
Tp ader gak la terlintas nak buat itu, nak buat ini
Tp xtau la kekuatan tu ader ke tak
Hrmmmmm
yang penting gaji da naik skit.
Alhamdullilah rezeki anak baru kot.
Kita hanya merancang tp Tuhan yang menentukan
Ape-ape pun merancang itu penting supaya kita dapat menguruskan kehidupan kita dengan lebih baik

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012
SEMOGA KEHIDUPAN BETAMBAH BERKAT DAN DIRAHMATI ALLAH SELALU
AMIN....


Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tinggal 2010..selamat datang 2011

Saya sudah terlewat 3hari untuk mengucapkan selamat tahun baru...tp saya masih dalam mood tahun baru walaupun hari-hari yang berlalu masih sama. Banyak perkara yang telah saya listkan untuk dicapai dalam tahun baru. Semoga semua perkara yang baik-baik akan berlaku dalam tahun 2011. Diharap anda semua juga akan mengalami perkara yang sama..

HAPPY NEW YEAR YOU ALL
Yang pergi tetap akan pergi, yang tinggal jangan la diabaikan
Ambil iktibar tentang semua perkara yang berlaku dalam hidup kita.
Allah menciptakan kamu berbeda untuk saling kenal mengenali...
hahahahaha
amanat tahun baru.
Azam baru, senyum selalu

bubye

Thursday, February 25, 2010

yeee haaaa ye beda bedooo!!!!!!!!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdullilah masih bernyawa lagi untuk meneruskan impian menjadi blogger tegar walaupon mase hanya diperuntukan 24 jam sahaja dan jadual harian semakin padat sepadat jadual harian perdana menteri sekarang.......oh sekarang harus ada salam 1 Malaysia...


ye salam 1 Malaysia mulai sekarang......

2009 telah melabuhkan tirainye 2 bulan lalu dan 2010 menjelma dengan penuh semangat dan azam baru

Apekah azam baru aku untuk tahun 2010 ni...
walaupon sudah melewati bulan Januari dan masa semakin menghampiri bulan Mac rasenye masih belom terlambat untuk menanam azam baru 2010...

Yang pertama: mahu menjadi idol kepada Muhammad Muaz HArraz.. di kala ini sedang mengumpul material dan membeli berus warna untuk mewarnai dunia baru baby Muhammad Muaz Harraz yang kini telah menginjak usia 2 bulan... ibu sayang kamu banget...

Yang kedua : Di atas rezeki Muhammad Muaz Harraz... ibu telah berjaya menjadi wanita berkerjaya kembali... oleh yang demikian ibu berazam mahu membelikan kamu troli baru sempena meraih kejayaan ibu yang bercita-cita menjadi wanita, isteri dan ibu yang berkerjaya...hehehe nanti kamu jangan mengungkit hal ini di kemudian hari mengapa setiap Isnin hingga Jumaat , "nanny" kamu yang mandikan kamu di pagi hari dan terpakse minum air botol yang telah dipanaskan. Jangan nakal2 ye sayang ibu bekerja. Nanti ibu pulang kite main pok amai2 ye... I promise.

Azam yang seterusnya........ibu akan tunaikan tahun hadapan..... InsyaAllah...
Okeee...tamat dahulu sesi ngoceh hari ni...
mahu pulang menemui Muhammad Muaz Harraz.. Ibu kangen sama kamu!!
Tata..:)