Wednesday, March 10, 2010

Pedas-pedas Sambal Belacan- Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Da agak lame xupdate blog ni walaupon telah bernekad mahu menjadi blogger tegar..huhuhuhu beberapa masalah yg menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita ni. Petama kerana di rumah tidak mendapat coverage intenet yang jelas...kedua tugasan keje di ofis memandangkan hanya di ofis sahaja tempat selesa menggunakan internet..ketiga tugas sebagai ibu yang mahu mengadap anaknye setiap mase kerana terase Muhammad Muaz Harraz terlalu comel untuk ditinggalkan walau hanya sedepa..keh keh keh (mcm la orang lain xde anak).

Sebenarnya entri ni mahu ditujukan khas buat Muhammad Muaz Harraz supaya sentiasa menghormati dan menyayangi ibunye lebih dari segala-gala nya..syurga di bawah tapak kaki ibu. Kepada yang lain jadikan entri ini sebagai satu kisah benar yang tiada lain selain yang sebenar2nya.

Entri ini ialah kisah seorang ibu yang mahu melahirkan seorang insan di dunia ini. Due date aku sebenarnya ialah 14 Desember 2009. Oleh kerana tiada tanda2 untuk melahirkan pihak hospital membenarkan lanjutan selama 7 hari dari tarikh due. Walaupon telah dilanjutkan masa, masih tiada sebarang tanda untuk melahirkan. Akibat desakan 'mc' terpakse la jua merujuk ke Hospital besar Banting untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Tarikh telah ditetapkan oleh Pihak Klinik dan hari yang sama terpakse ke Putrajaya untuk mengambil surat tawaran kerja kerana posmen tak jumpe mancari rumah mengikut alamat dan surat tersebut telah dipulangkan kembali ke Pihak AG Putrajaya. Rezeki anak walaupon keputusan temuduga tidak berjaya, tetapi tawaran diberikan awal dan tarikh lapor diri sama seperti calon yang berjaya.

Di Hospital Banting, setelah pemeriksaan dijalankan di unit pakar dan ibu mengandung, aku terpaksa ditahan wad kerana kandungan telah melebihi waktu due yang ditetapkan. Bermula pengalaman aku tidur di Hospital buat pertama kalinya sepanjang hidup aku xpernah sekali pon tidur di Hospital. 3 hari 2 mlm aku menetap di Hospital Banting, pesakit wad ibu mengandung silih berganti tp aku masih berada di katil yang sama. Tiada tanda2 mahu melahirkan. Risau, bimbang dan bosan.

21 Dec 2009, 3 ptg aku dimasukkan di wad ibu mengandung. Wad ini adalah khas untuk ibu mengandung yang mempunyai masalah ataupon persediaan untuk melahirkan. Petang dan malam aku dipanggil untuk masuk ke bilik bersalin untuk menjalani rawatan CGT..(ader mesin khas yang dapt mengesan kadar degupan jantung bby dan kontraksi) selama setengah jam setiap sesi..bukaan laluan hanya 2 cm dan bukaan untuk melahirkan seharusnya 10 cm. masih ada 8 cm harus tunggu..perasaan ketika itu takot...mcm nak menangis.Mujurla fikri sentiasa berada di hospital menemani.

22 Dec pagi , 6 pg aku sekali lagi dipanggil untuk menjalani rawatan CGT..sebelom itu doktor yang betugas memeriksa keadaan aku dan bukaan masih 2 cm. Doktor memberitahu bahawa aku terpaksa di "induce" (satu ubat dimasukkan ke dalam tubuh untuk meransang kontraksi kelahiran.) ngilu segale male la setelah diinduce. Aku diarahkan berehat selama 1 jam di dalam bilik bersalin sambil menjalani rawatan CGT. Mengikut keadaan kebiasaan, setelah diinduce dalam tempoh 6 jam para ibu pasti merasa tanda2 kelahiran. Tetapi keadaan sebaliknya. Aku masih tiada sebarang tanda kelahiran lagi. Jam 12 tghari aku sekali lagi dipanggil untuk pemeriksaan. Keadaan seperti biasa, jalan masih 2 cm dan tiada sebarang kontraksi. Aku sekali lagi di "induce" dgn harapan dapat melahirkan bby pada hari tersebut...setelah pemeriksaan selesai dan aku masih dalam keadaan seperti biasa. mak ayh kat kampung aku da hubungi kononnya hari ni pasti bersalin. Jam sudah menunjukkan jam 6 ptg, aku sekali lagi masih tiada sebarang kontraksi..pemeriksaan dan CGT seperti selalu.. ptg itu aku diperiksa oleh staff nurse yang senior. Beliau telah melakukan sesuatu ke atas aku hingga menyebbkan aku skit yang teramat sgt. Beliau memberi aku ubat buang air besar dan ubat tahan sakit agar aku dapat menahan skit tersebut. Pada ketika itu aku telah bersedia sebarang kemungkinan aku akan bersalin pada mlm tersebut..sangkaan aku meleset..sakit yang terase semakin hilang sehingga keesokkan harinya..

23 Dec 2009, 6 pg setelah pemeriksaan tekanan darah dilakukan, aku telah diarahkan untuk ke bilik bersalin sekali lagi untuk menjalani pemeriksaan dan cube teka bukaan sudah berapa cm. 4? 6? hehehe salah hanya 3 cm setelah 2 kali di induce. Setelah berbincang dengan pakar hospital Klang, aku dibenarkan diinduce untuk kali yang ketiga oleh Doktor yang bertugas. Aku difahamkan sekiranya aku masih tiada sebarang kontraksi, aku akan dipindahkan ke Hospital Ampuan Rahimah Klang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Aku berdoa agar segalanya dipermudahkan... 6 jam setelah induce yang ke-3, aku masih tidak merasa sebarang kontraksi yang serius. Bukaan laluan masih ditahap yang sama.3 cm....kerisauan ditahap maksimum..takot dan perasaan mahu pulang ke rumah....xsanggup lagi untuk menjalani pemeriksaan. Sakit, ngilu... setelah bebincang dgn Doktor aku tidak dibenarkan pulang kerana kandungan aku telah terlebih hari. Beliau akan merujuk ke pakar Hospital Klang untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu aku dinasihatkan berehat di wad dan tunggu keputusan dari pakar. Pemeriksaan CGT masih dijalankan seperti biasa tanpa induce. Sedikit kelegaan dan keselesaan terasa.

24 Dec 2009, 6 pg tekanan darah diambil dan aku diarahkan untuk ke bilik bersalin menjalani CGT. dan ketika itu aku menyedari tompokan darah di atas katil. 1 tanda kelahiran. Aku mula berdebar2..aku membersihkan diri dan menuju ke bilik bersalin untuk CGT. pemeriksaan dilakukan laluan bukaan masih 3cm. Doktor memberitahu bahawa hari ini aku mungkin dipindahkan ke Hospital Klang menaiki ambulan.Pagi itu aku menunggu keputusan dari Pakar Klang. ketika keluar dari bilik pemeriksaan aku merasa ada sesuatu yang keluar dari celah kaki. ku lihat ada lendir yang keluar seperti aku membuang air kecil. Aku mulai rasa tidak selesa dan memberitahu kepada nurse. Nurse beritahu itu adalah tanda kelahiran. tidak mengapa. Menunggu keputusan dan terus menunggu sambil mengusap perut dan berkata kepada baby..'cepatla keluar..ibu da xsabar nak tgk bby..' jam 10 pagi aku diberitahu aku akan ke Klang. Bersiap sedia mengemas barang dan beritahu Fikri untuk uruskan perihal keluar wad. Tepat jam 12 tghari setelah mkn tghhari aku dibawa ke Hospital Klang menaiki Ambulan...

Ikuti kisah di Hospital Klang dalam bahagian 2..apekah kesudahannya...


I'm 71 kg...hehehe

No comments: