Showing posts with label Kawen. Show all posts
Showing posts with label Kawen. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Doa Buat Mu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Isnin 29 November 2010...tinggal beberapa hari saje lagi kite akan melangkah bulan terakhir setiap tahun
Disember. bagi aku dulu Disember xbanyak beze dengan bulan-bulan lain kecuali bulan Mei. Sekarang da banyak bulan membawa erti yang besar kepada aku. Mari kite jenguk sebentar bulan- bulan itu, bukan bulan mengambang dan juga bukan bulan sabit Merah ok??
  1. BuLan Februari : Perginya Insan yang telah melahirkan aku buat selama-lamanya.
  2. BuLan March : Terjadinya satu ikatan suci yang sah suci mUrni seperti Minyak masak Murni eh tak tak, ikatan pernikahan aku la
  3. Bulan Mei : Bulan aku dilahirkan. (buat sang suami, sila mengerti akan perasaan is3 mu ni bile masuknya bulan Mei)
  4. Bulan September : Bulan di mana aku kene memikirkan suprise yang harus dirancang.Di mana usia sang suami akan terus menngkat dan terus meningkat.
  5. Bulan Disember : Lahirnya si buah hati ku Muhammad Muad Harraz... Muaaah la...
Ok..yang bulan-bulan lain sila jangan berkecil hati hati kerana tidak tersebut seperti di atas. InsYaAllah sekiranya umur panjang akan berlakunya peristiwa penting pada bulan- bulan lain yang akan menambah koleksi bulan penting aku...Semoga setiap bulan akan terus memberi kebahgiaan kepada aku iaitu di mana setiap bulan aku akan Mahsyuk...hehehehehehe gaji la ape lagi...

Ok seterusnya sepanjang weekend yang lalu...
kepada pasangan Haida & Shahrin


 Pasangan Suriani & Saifullrijal

 dan pasangan Kamalia & Faizal
 Anda bertiga layak ke pusingan seterusnya...
hahahaha macam pengumuman mari menari pulaknya
tak la
Maafkan kami kerana tidak dapat memenuhi undangan kalian hujung minggu yang lalu atas urusan yang tidak dapat ditangguhkan.

kami sekeluarga mengucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU,
SEMOGA BAHAGIA KEKAL ABADI

Doa buat Pengantin

Ya Allah
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,

Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu
kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan
dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
hingga ke akhir usia
dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah
keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Wednesday, June 9, 2010

Bila bunga dipetik orang

Tanggal 6 june 2010...
Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor

Dia, sepupu aku yang disayangi telah melangkah ke 1 alam baru,
iaitu alam perkahwinan..
Seorang wali,
Dua orang saksi,
Seorang pengantin perempuan,
Seorang pengantin lelaki,
1 Akad....
Termetrai lah 1 ikatan perkahwinan yang suci,
menyatukan dua hati menjadi 1 jiwa....
Alhamdulilah hanya dengan sekali akad...
Sah!!!!!!
Cukup melegakan sang suami..
Mengucup dahi isteri tercinta..
Isteri dijadikan dari rusuk kiri lelaki untuk disayangi, bukan dari kepala untuk dijunjung dan bukan juga dari kaki untuk dipijak.

Senyuman terukir megah di hari bahagia..
Menanti kehadiran pengantin lelaki....
Sabar menanti...
memotretkan saat bahagia bersama sanak saudara

Semoga kamu berbahagia seperti saya berbahagia..
menimang cahaya mata...
penyambung zuriat..
pengikat kasih sayang..
penyeri rumah tangga...


Selamat pengantin baru...
Faiza dan Faizal...
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat...
Amin....

Tuesday, March 30, 2010

Supprise!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....
Semalam ialah hari ulangtahun perkahwinan aku yang pertama
Tahniah tahniah tahniah da setahun jadi isteri orang
pengalaman menjadi isteri orang ni secara konklusinya harusla banyak2 bersabar
Bak kate lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Bagaikan lidah lagi tergigit apa pula somi isteri
Asam garam rumahtangga...
Gado2, merajuk2, nangis2,gurau senda,ketawa dan senyum...
sume tu warna warni rumahtangga...
pandai2 la kita mewarnainya...
Kezutan pulang dari kerja......
Tadaaa......kek secret resepi.....
tatau name

I love it.....


nyummy!!!!!!!

Let's cut



Bismillahirohmanirohim......



Sape nak!!!!
Angkat tangan!!!!!!!!
Mari mkn...Gambo mkn xder sbb sume orang nak makan kek
huhuhuhuhu
sebenarnye disebalik kek ni ader storinye
tp xnak cite
berlagak giler......
yang penting da setahun kawen.....
Doakan kami bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat....
Ameeen
Terima Kasih kepada kawan-kawan yang meng'wish di facebook
kalian memang prihatin...
Sayang you all


P/s: macam sambut besday sendri.padahal kek anniversari..mane sominyer???
hahahahhaa si somi jadi tukang amik gambar dan si isteri sorang pose dgn kek
Terima kasih UCHUK!!!!!!
Sayang Kamu.....
Sayaaaaaannnggggggg Haraz.....

Monday, March 29, 2010

29 march 2010

One year ago......
We're the King and the Queen.....

Celebrating with his relatives

Together with mine

Cheerish with my friends

Witness of our love

Blessing from our parents


Praying for our happiness
Lasting Forever..........
with children.........
with grandchildren...
Ameen...
Happy 1st Anniversary to us........

Thursday, March 18, 2010

Eiskem....



Hello......ini panggilan hangit ker???????

Anda Mashuk!!!!!!! Rm 20,ooo.oo....hurey!!!!!! in your dream :)

Hai kawan-kawan,

hari ni nak mintak tolong sket..

and

you can enjoy it too

Please go to www.cornetto.com.my/


then go to gallery and vote for me okeeee
Title : kau dan aku

Director : Suzie

First pic akan nampak gambar ini


Please vote as much as you wish
the lucky voter will win Iphone
I wish you are the lucky voter!!!!!!

hehehehe mekaceh peace :)


Monday, May 4, 2009

Album sudah siap....

Assalamualaikum...

Album kahwen saya sudah siap....
amik pakej custom album...free sticky album..sebb book time promosi..
tp kad nikah lom siap....
both album very nice....
mcm nak kawen lagi jer rase....
secara kesimpulannye i'm prefer sticky album rather than custom album
sbbnyer...picture sticky album lebih focus kepada subjek...
that all je la...

nanti sya upload beberape picture dari album tersebut...
daaaa.....

Cheeersss!!

Wednesday, April 29, 2009

Sebulan Sudah.....

Assalamualaikum.......
sudah sebulan jd isteri...
kehidupan lebih busy...
family da semakin besar
keje da bertambah...
priority da brubah....
hmmmm.....
perasaan sekarang????
Lega...
Heppyyyy....
Bahagia....
ok la tu je la nak cakap....

See you again...cheeer...

Monday, April 20, 2009

Hello what up2..rumah terbakar dapur berasap (part 2)


Selamat Pengantin Baru.....
Selamat Berbahagia....
Selamat ke anak cucu...
Selamat sejahtera....

Antara bait-bait lirik lagu nyanyian Allahyarhamah Saloma berkumandang memeriahkan majlis persandingan aku yang berlangsung sejurus selepas majlis akad nikah selesai pada waktu pagi hari yang sama...

Aku yang anggun dalam busana emas dari Erlinda Bridal menyambut kehadiran suamiku yang juga siap berpakaian warna sedondon bagaikan pahlawan melayu sedia menunggu kehadiran aku.Kami diiringi paluan kompang ketika berjalan menuju ke pelamin indah tersedia di dalam rumah.
Rombongan dari pihak lelaki juga membawa dulang hantaran sejumlah 7 dulang dan dibalas 11. Antara barang hantaran yang aku terima, sepasang baju kerja,seutas jam tangan, sireh junjung, sepasang telekung dan sejadah,manisan,sebentuk cincin dan mas kahwin RM22.50. aku menghadiahkan suamiku sepasang baju kerja, seutas jam, perfume, wallet & belt,kamera digital, manisan dan potpuri.
Ketika perjalanan menuju ke pelamin, acara tabur gula-gula diadakan untuk kanak-kanak. Begitu gembira si anak-anak kecil ini mengutip gula-gula yang bertaburan. Aku menggunakan khidmat jurugambar profesional dari Carlbella69 untuk merakam detik-detik bersejarah aku. Pelbagai aksi telah dirakam sewaktu persandingan aku.Saudara dari kedua2 belah mempelai, rakan dan taulan yg hadir turut merakam detik bersama raja sehari. Aku agak tekilan kerana tiada acara menepung tawar kerana set tepung tawar tiada dalam pakej perkahwinan yang aku tempah. hmmmm....xpela...segalanya selesai dengan lancar sekali.

Sejurus selepas itu, acara makan berdamai pula menyusul. Rombongan pengantin lelaki memenuhi ruang makan berdamai. Hidangan dan juadah untuk mkn berdamai telah disediakan oleh kakak ku dan semua makcik2 aku.Terima Kasih...setelah selesai acara memotong pulut kuning mengakhiri acara makan beradab..
Aku kemudian menukar pakaian ala-ala jawa sebagai baju persalinan yang pertama. Suamiku masih dalam pakaian yang same...beberapa aksi telah diambil. Untuk tujuan 'outdoor fotography' aku lagi sekali menukar pakaian gaun leret dan suami aku ber'kot'. Rakan-rakan sudah mulai pulang...sedih sekali.tp xpela mereka da pun hadir meraikan majlis aku.
Petang itu hujan turun mmbasahi bumi. Hmmm...alhamdullilah..Semoga majlis aku diberkati Allah....Semoga ikatan perkahwinan ini kekal abadi selamanya...kemah yang terpasang di jalanan dibuka, saudara mara juga turut pulang kerana keesokkan harinyer adalah hari bekerja..Bermula la episod baru dalam hidup aku sebagai seorang isteri....

Tuesday, April 14, 2009

Hello what up2..rumah terbakar dapur berasap



I'm back as Mrs Suzie...

Umah baru, famili baru, sedara baru, kawan baru,dan lipatan kehidupan yang baru jugak. Maybe sok luse ader baby baru tak ye..jeng jeng jeng.. suprise!!!!!!!!!!....
Sebulan bercuti....bestnyer....lamenyer...oh bole pulak cuti sebulan....kenape lame sgt cuti...tu la antara respon2 dari kawan2 dan famili yang bertanya mengenai cuti. Hohohoho...Sajer nak cuti..aku jawab dgn slumber jer..Ngeh ngeh ngeh (dalam hati melepas la gaji sebulan aku).

Perkahwinan...
Ikatan persaudaraan antara dua keluarga yang jauh terjalin pabila 1 perkahwinan tu berlangsung..Alhamdullilah segalanyer berjalan seperti yang dirancang.. Ameen hujan turun petang 29 MArch menandakan Majlis kami diberkati Allah S.W.T. Sedara mara dan kawan-kawan yang hadir dari jauh dan dekat pon selamat tibe dan selamat pulang. Time kaseh korang kerna sudi hadir meraikan majlis perkahwinan aku yang berlangsung pada 29 March yang lalu.

Pernikahan...
Seperti yang dirancang, pernikahan aku dgn suami berlangsung pada lebih kurang pada pukul 11 pagi di Masjid Kariah Felda Keratong 4, berwalikan ayhku, bersaksikan 2orang sahabat ayahku dan dinikahkan oleh jurunikah bertauliah Ustaz Mansor dari Keratong 5. Ramai sahabat handai, kuarge terdekat dari kedua2 belah pihak menyaksikan hari bersejarah aku dan suami. Aku memilih busana pink and white buatan kawan aku.hehehehe (xder sponsor). Idea rekaan aku sendiri. Mekup oleh Erlinda bridal yang terletak di Bandar Tun Abdul Razak.
Acara dimulakan pabila aku diajukan soalan "Sudikah kamu menerima dan mengahwini Mohd Fikrie bin Ahmad Jaan???" "Ye..saya sudi.." (konon ayula) Kemudian suamiku mengambil tempat yang disediakan di hadapan jurunikah. Seterusnyer tazkirah ringkas dibacakan oleh Ustaz Mansor sebelum acara angkat nikah dijalankan. Tazkirah adalah untuk peringatan kepada bakal pengantin dan juga hadirin yang hadir. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad dan rukun nikah adalah soalan yang diajukan kepada suamiku sebelum akad diterima.. Alhamdullilah dengan sekali lafaz aku telah pun menjadi seorang isteri kepada suamiku. Ameen.

Setelah bacaan doa kesyukuran dibaca, suamiku seterusnyer membaca taklik kepadaku.. Talak ke atas seorang isteri akan "terjatuh" pabila seorang suami mengingkari taklik yang dibacakan dihadapan isterinya sewaktu majlis pernikahan. Antara isi kandung yang tertulis di dalam taklik tersebut si suami tidak boleh meninggalkan isteri tanpa memberi nafkah..lebih kurang mcm tu la. tak igtla sebb suami aku bace laju sgt. Kemudian surat taklik ditandatangani oleh kami berdua dihadapan saksi. Mas kahwin Rm22.50 yang berupa syiling 50 sen di dalam kotak , suamiku serahkan kepadaku sebagai hadiah. Suamiku menyarungkan sebentuk cincin ke jari manisku sebagai acara membatalkan air sembahyang. Ciuman dari seorang suami mengakhiri majlis pernikahan ini.. Lebih kurang jam 12 tengah hari majlis pernikahan aku tamat.Semua hadirin bersurai untuk ke acara seterusnyer. Iaitu..persandingan di rumahku...

Ikuti sambungannyer selepas ini....


D
aaaaaaa..................