Showing posts with label Pose dan raya. Show all posts
Showing posts with label Pose dan raya. Show all posts

Wednesday, July 22, 2015

Yeayyyy da Raya....

Hai korang,
Assalamualaikum...
Da habis raya ke korang??
Ewah2 lama ye cuti...
Kerja la...

Ok, masuk kerja bos xada..hahahahahhaa (ikon setan purple keluar kat kepala)
Sebenarnya banyak list kerja nk settle ni...
Kita slow slow up wokey??
Nak cita pasal raya kitaorang....
Simple yet meaningful...

Seperti selalu... sejak arwah mak dengan abah aku xada, aku da belajar untuk masak menu raya sendiri. Google resepi dari Mr Google... Blog pilihan menu biasanya dari Mat Gebu. Tiffinbiru, bahan masakan macam biasa ada kat dapur mak dulu. So aku salin je resepi yang kenan di hati. Tahun ni simple je menu, Rabu masak untuk jiran2 lauk kuah kacang, ayam masak kicap merico dengan sayur campur plus nasi impit. Then Khamis tu, xmasak pon sebab gerenti dapat juadah dari jiran2... Tengah malam tu kol doblas br start masak untuk esok pagi punye rendang ayam, dengan kuah kacang lagi sekali. Husben da order lemang dan rebus nasi impit segera dua ketul untuk makan anak beranak. Siap, makan esok pagi pas balik semayang raya.


Pas semyang raya xp mana2 pon, sebab pe ek??? ok sebab aku lambat mandi... hahahahahaha orang balik semayang raya xmandi lagi ape kejadahnye... Wey Thaqif xbole kene tinggal... mcmne nak mandi... kene la tunggu ayah balik semayang raya baru bole mandi. Ok da siap mandi, kita serapan sesama laki bini anak branak je. tok tok tik tik tuk tuk da tengahari da. Pas tu nak semayang Jumaat lagi, so kesudahannya separuh hari raya pertama tu xbuat pape pun, kat rumah sendri je tgk tv layan anak2... Lagipun husben kene bukak khemah kat port klang. So kitaorg layan tido, sebab mlm td tido lambat kene masak. Kroh kroh bur tido xada orang kacau memang syiok ok, klu kat kampung mampuih kene bebel raya2 tido.

Then petang tu husben balik kitaorg pon jalan rumah ayah dia a.k.a bapak mertua aku la... Duk makan layan sepupu dia datang raya, kemas2 ape yang patut... kitaorang pon chow chi chow la.... balik rumah sendri jugak.. kih kih kih. Sebelum tu, kitaorang singgah ziarah pusara bonda husben kejap. Dekat je sejalan ke nak ke rumah kitaorang. Malam macam tu jugak.... main mercun dum dam dum piuuu sana sini.. then kepenatan kitaorg pon tido lagi...


Ok, then masuk raya ke dua pulak, kakak aku da on the way ke Tanjung Karang, Selangor dari Johor pas semayang raya pertama iaitu semalamnya, so kami adik beradik  yang lain kecuali adik bongsu sebab dia raya kat rumah mentua gerak ke Tanjung Karang  jugak, kami akan berkumpul di rumah arwah nenek la. Setiap tahun kami adik bradik rapatkan silaturahim dengan berbaraan raya bersama-sama, tak kirala mana pon kami raya, kami cuba sedaya upaya usahakan masa untuk bersama-sama berjumpa dengan sanak saudara. Kebetulan rumah sedara belah abah dengan mak dekat je, so senangla perjalanan raya kami, rumah pertama kami tuju mestilah kakek kami dulu. Then trus ke rumah paman dan bibik belah abah n emak. Singgah jugak beberapa rumah sepupu kami la. Malam tu kakak aku tidur rumah aku la, rancangan kitaorang esoknya balik Keratong pulak.

Cita pagi raya ke tiga ni xsyiok sangat, kakak aku mengadu susah nak bernafas pagi raya ke tiga tu, so pagi tu aku bawak g klinik la sebelum gerak balik Keratong, Doktor cakap dia ada kencing manis, tinggi jugak bacaan dia, doktor nasihatkan dia warded untuk pemerhatian. Dia mintak balik Muar, sebab rumah kat situ. Petang tu kakak aku pon warded kat Hopital Muar. Then raya ke tiga berlalu mcm tu je, Thaqif pon mood xberapa nak elok, so kitaorg decide rehat je kat rumah... :(

Raya ke-empat, esok paginya, kitaorg gerak ke Muar la nak ziarah kakak aku. Abang aku kebetulan semalam (raya ke 3) dia bawak mertua dia ke Melaka dam mlm tu dia bermalam rumah kakak aku, aku sampai Muar jam 12.30tghari n kitaorg trus ke Hospital la. Keadaan dia ok la sikit sebab da dapat bantuan pernafasan, Doktor scan jantung dia bengkak, tu yang susah nak bernafas tu. Thaqif pulak batuk selesema then kitaorg trus bawak g klinik pesakit luar la kat situ jugak... dapat nab sekali, dia da ceria balik. Alhamdulilah,...


Sebelum balik Selangor, kitaorang decide rehat rumah kakak aku dulu, mandikan anak-anak. Rehat2kan badan. Sebelum tu pekene Mee Bandung Muar Beledek  dulu... thumbbbsss uuuppppssss... Dalam kol 9 mlm macam tu kitaorang gerak balik Selangor, n luckily jalan xjem....
Syiokkkkk sangat.....

Raya ke-lima kitaorang kat rumah raya sendiri-sendiri jer. Boring kot ajak husben raya rumah nenek dia kat Kapar... dapat la 2 bijik rumah... tu pon da petang....

Malam kitaorang raya rumah pengasuh anak-anak depan rumah je.. n rumah jiran sebelah....
so raya kiraorang tamat jam 11.00 malam tadi....

Macam tu la citenya.....hari ini raya ke-enam da masuk kerja... yeay.... masuk kerja bos xada.... syiokkk oooo.. rugi xbawak kuih raya....

Kami Fikri Suzie Harraz, Hana dan Thaqif 
mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin...

kbai

Tuesday, July 14, 2015

Senarai Semak Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Wah tinggal beberapa hari je lagi nak raya.... sibuk sibuk sibuk...
Shopping raya, kerja time raya??? no no no

Persiapan raya wajib

1) Baju Raya
2)Kuih Raya
3)Duit Raya
4)Kereta Raya
5)Rumah Raya
6)Menu Raya
7)Jalan Raya
8)Kampung Raya
9)Kerja Raya
10)Mercun Raya

Yeay!!!! Jom raya....
last kerja rini...
xsempat nak huraikan, so jd checklist je

jangan gado-gado...
kita suka-suka
kita gembira gembira...

kbai


Thursday, July 9, 2015

Move On....


Selamat membuat persiapan raya....
Ketupat rendang dilupa jangan
buah tangan untuk orang tersayang...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

korang yang berada dipihak yang harus memaafkan, artikel ni baik untuk difikir-fikirkan. 

Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan 2015

Assalamualaikum korang,

Ape khabar hari ini??
Sekarang da hampir jam 12 tengahari. Korang masih ok ker??
InSyaAllah izin tuhan kita mampu beribadah sampai ke petang.

Bagi isteri-isteri yang bekerja, mesti sekarang tengah fikir nak masak ape kan petang ni?
Pagi tadi korang sahur ape??
Aku pagi tadi masak sardin jer. simple

Alhamdulilah hari ni MuazHarraz first day puasa, Aku harap dia ok la kat sekolah. Da pesan makan bile time Magrib je nanti. Tidur la tengahari jangan bagi penat. Nanti balik pon da pukul 6. ting tong ting tong da berbuka, harap mcm tu la.

Aku sebenarnya puasa mgu ni lom bersedia dari segi barangan dapur. Maksudnya xada nak shopping barang dapur tu kan. So bli just barang asas je, Semalam balik keje singgah kedai runcit beli telor , bli susu, bli bawang, beli sardin. tu pon da habis RM 16.70 . Mahal da harga barang sekarang.

Jimat-jimat membawa berkat.

Tadi xterfikir pon nak masak ape petang ni. tetiba tadi kat wall facebook ada orang share aneka resepi, Secara kabur terpandang gambar telor rebus masak sambal. wah da lama xmasak n xmakan telor sambal. Teringin pulak, Since semalam da beli telor, petang ni kita try la...

hu yeee.....

Korang pulak ape plan petang ni.

Masak ke beli ke itu terletak pada pilihan masing-masing, Yang penting jaga ibadah kita dengan baik ok??

Selamat beramal di bulan puasa ini.



Wednesday, June 17, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Semoga Allah perkenan ibadah puasa dan amal ibadah kita pada bulan Ramadhan ini
Amin

Mohon maaf di atas ketelanjuran dan kesilapan secara terangan atau secara tersembunyi, secara sengaja ataupon tidak sengaja. 

Kosong-Kosong

:)

Thursday, October 17, 2013


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar....

Salam Aidiladha...

Hari ni hari ke tiga sudah...

Hari terakhir takbir raya berkumandang....

Sayu rasa hati ini, tahun ini dan tahun2 mendatang kami  akan beraya tanpa emak dan abah...

Raya ini husben kate xpyh buat ape2....

Aku da standby amik cuti sebelum kot2 nak kene masak2 kan...

Tapi memang xpayah masak... langsung....

So pagi raya  aku xrase pun hari itu hari raya...

Gosok baju melayu husben untuk sembahyang raya...

Mungkin raya aku akan lebih terasa kalu aku ikut sembahyang raya...

Tapi tengah cuti... tgk kat dalam tv je la....

Raya tahun ni bapak mertua buat korban...

mungkin itu kot rase raya pada aku...

tapi aku tetap xrase raya....

aku memang terasa akan kekosongan itu....

Cemburu pada rakan2 yang lain....

nak cerita pasal korban raya pun xder mood...

Gambar pun xamik... xder mood....

Aku harap tahun hadapan akan berubah....

Aku nak lebih ceria untuk anak2...

Bia anak2 paham akan nikmat raya itu...

Jangan dek kerana aku, anak2 xkan merasa nikmat raya yang sebenar....

Semoga kekuatan itu ada untuk aku....

p/s: nak resepi daging yang terhebat....



Monday, August 13, 2012

Minggu Terakhir

Salam...

hehehe da masuk minggu terakhir Ramadhan....
pejam celik pejam celik kejap jer da nak habis Ramadhan...
Semoga dapat berjumpa Ramadhan lagi,
Di Minggu-minggu terakhir ni pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk melengkapkan persiapan menyambut Hari Raya...
Jangan dilupakan bahawa malam seribu satu malam juga akan berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan..Malam Lailatul Qadar...
Rebutla peluang ini sementara masih ada...
Dikesempatan ini juga ingin memohon seribu kemaafan seandainya pernah tersalah kata dan terguris hati secara sengaja dan tidak disengajakan....

Tahun ni beraya berempat...
Lengkap
Bye...

Wednesday, October 5, 2011

Salam........

Assalamualaikum....

Da lame sangat kan xupdate blog....byk perkara nak tulis..tp xder mood.xtau mcm ner dan dari mane nak start...Ramadhan Syawal da berlalu pergi...kembali tahun hijrah akan datang.mudah-mudahan diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dan Syawal lagi...

Sepanjang Ramadhan, seperti biasa awal Ramadhan memang ler berkobar-kobar nak terawih...berkobar-kobar nak khatam Al-Quran....manusia..Dijanjikan oleh syaitan akan mengganggu manusia.orang kate syaitan ken ikat time Ramadhan.tp kenapa aku masih lagi bermalas-malasan untuk tunaikan nekad terawih dan khatam Al-Quran....Baru 2 3 muka da tercungap-cungap..letih..siap letak air lagi kat tepi untuk teurskan usaha..Namun......

Ramadhan juga,  Ramadhan kali ini di rumah sendiri, tugas time bulan Ramadhan memang ler mencabar...jam 5 pg da bangun sediakan sahur, 6 pagi da stanby untuk ke office.7.30pg wajib punch....tengahari konon-konon nak mengaji...hampeh..mate da panggil untuk tidur.kalu tak blik drive xleh survive....mengantuk....sampai umah 5.30ptg...rehat Asar baru start masak untuk berbuka...da berbuka Konon pas magrib nak mengaji...pun jugak....tunduk..tunduk dengan kemalasan...Isya' pulak...huh tidur dulu..jam 12 or 2 3 pagi bangun untuk tunaikan Isya'..berazam untuk solat sunat...pun kalah dengan kemengantukan mata...itu la aku...niat tp tidak tertunai....tunduk dan kalah...

Ramadhan kali ni., aku dikhabarkan berita. Berita berbadan dua lagi....ulang tayang...berdoa agar kali ini dipermudahkan Allah..Permudahkan segala urusan... Mendoakan kesempurnaan..mendoakan kesolehan, mendoakan kesejahteraan....semoga aku dilindungi,dirahmati..jauhi dari perkara-perkar buruk..

Syawal....Syawal bukan dirumah sendiri....pulang...pulang mengadap ayahanda...menziarahi pusara ibunda....sedih dan pilu....raya tanpanya lagi....bunga-bunga berwarna-warni..air penyejuk..Yasinnn....mendoakan kesejahteraan....tahun demi tahun...akan berulang lagi....

Itu la Ramadhan dan Syawal.....
Semoga tahun hadapan lebih bermakna lagi....

Thursday, September 15, 2011

Mood Raya...

Assalamualaikum....
Selamat Hari Raya...Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia....
Oleh kerana banyak hari yang kene disambut...kerja pun xnak jalan.
Da la masuk kerja hari Rabu..Khamis jamuan raya Jumaat lagi la mls nak kerja..
Konon start minggu baru da rajin nak keje..
Pon mls gak nak kerja..aduhai penangan raya ni memang la....
Minggu depan da hal lain pulak..Khamis nanti br la start kerja kot....
hish hish hish....
Nak taip pon mls..
da la
bye!!!!!

Friday, August 19, 2011

Assalamulaikum!!!!!!!!!

Assalamulaikum!!!!!!!

Ader orang tak!!!!!

Da lame sangat xbukak jendela ni

Da berhabuk-habuk da rasenye..

Sempena nak sambut syawal ni kenela kemas-kemas skit

Haaaa.... tema kali ini "love"

ok semoga bahagia sepanjang ramadhan ni

Sabar menanti Syawal yang bakal menjelma...

Hayati la ramadhan sepenuhnya...

Semoga kite mendapat keberkatan yang telah dijanjikan

Amin

Thursday, November 18, 2010

Tidak balik kampung...


hohohohoho balik kampung
hohohoh balik kampung
hohohohooh balik kampung
hati riang
:-(

sebenarnyer xblik kampung pon
raya kat cini jer
masak sendiri makan sendiri
kuih raya pon xder
hrmmm
dengar takbir pon xder feel
sebb pagi2 raya orang g semayang raya
mandi hari raya
pki baju raya
aku???
masak pagi raya
hurmm memang xfeel nak raya
kol 11 pagi baru dapat mandi
xder la mandi raya gamaknye...
kemas umah pon kol 11.30 pagi
memang da bajet xder orang nak raya
so xpyh beria nak kemas rumah
sampai la ptg....
rileks tgk tb..

Haraz demam pagi raya
so monyok je la
tp pkikan gak baju raya
bia ader feel nak raya
walau xphm baju raya tu ape
sabau je la ye haraz
so semalam melayan haraz yang xsemangat nak main
kejap2 nangis, tido pon kejap je
xsedap badan agaknye
pagi ptg smalam Haraz makan nasi impit lauk aym kicap
nyum nyum nyum...

Mlmnye...
hurey kua g jalan
Kedai tutup..
hurmmm
hampeh
last last layan Chicken grilled black papper kat Secret recipe
huhuhuhuhuhu
Haraz yang sangat tidak bersemangat boleh layan tido kat kedai tu
untung la
Ibu dgn ayah mkn dengan tenang...
huhuhuhuhuhu

Hari ni
aku keje
bangun pagi gosok gigi mandi siap
trus g keje
jalan lapang
matahari belum keluar
embun masih mengaburi penglihatan
Pagi yang bahagia

End

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha
buat semua Umat Islam di seluruh Malaysia
Hati-hati di jalan raya


Thursday, November 4, 2010

Cahaya Lampu...

Happy Deepavali....
kepada semua kaum India di Malaysia
selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia
Hati-hati di jalan raya...

Monday, September 6, 2010

Raya...

Bila baju raya kasut raya tudung raya da beli
mood untuk bekerja sudah tidak ada
huwargh
kuatkan semangat
tinggal sok je lagi keje
pas tu Selamat cuti raya
hip hip hurey..
sape mau duit raya
jemput la datang rumah
sape nak bagi haraz duit raya
jemput la datang umah korang
pada yang xsempat nak datang
tinggal jauh
diucapkan selamat hari raya aidil fitri
maaf zahir dan batin
andai selama ini pernah
menyinggung perasaan kalian
sebagai manusia tidak terlepas melakukan kesalahan
semoga di bulan keberkatan dan kemenangan yang bakal menjelang
memberi kita seribu kebahgiaan
maaf memaafi sesama kita
pada sesiapa yang pulang ke kampung berhati -hati di jalan raya
Semoga Bergembira di hari raya
Sekian

Thursday, August 19, 2010

Pos Malaysia: Hanya 50 sen setem untuk kad raya tidak lebih 50 gram

Bahagianye bile dapat dari Boyfren
Khas yang sedang meng"usha" gadis pujaan
Untuk kanak-kanak sekolah
men letak kad raya kat bawah meje kawan
sebelom kawan datang sekolah
Kad raya standard: amnya untuk Supplier anta ke Customer
supaya len kali amik barang lagi dengan dorang
kad raya orang dewasa
malas nak pilih
besenye 5 in 1 dalam 1 plastik
yang ni untuk remaja anta kat remaja jugak


banyak lagi
kad raya untuk ibu, ayah, tunang, suami, isteri dan ......
tu time zaman 90-an dulu
penghantaran kad raya sangat femes
tp bile masuk tahun 2000-an
zaman digital, zaman internet, zaman sms, zaman FB
penghantaran kad raya da semakin kurang
sumenye nak jimat
sumenye nak pantas
hanya di hujung jari
akhirnya..delete bile habis musim raya
sayang...
sentimental value kad raya da kurang
hurmmm
kesian Pos malaysia
terpaksa menanggung kerugian..
tahun ini akhirnya Pos Malaysia mengeluarkan statement
50sen setem untuk kad raya tidak lebih 50 gram..
agak2 korang
nak hantar kad raya tak???
supportla Pos Malaysia kita
untuk negara kita gak
susah kite kalu Pos Malaysia xder
sape nak anta surat
Bil-bil kite
Permohonan kita
kan???
Oleh itu moral of the story anta la kad raya kat saya
Sekian...hehehe
 

Thursday, August 12, 2010

Selamat menjalani ibadah puasa

Assalamualaikum dan Salam 2 Ramadhan....
Semoga bersabar menjalani ibadah puasa...
Marilah kita bersama muhasabah diri dan meningkatkan ibadah kepada Allah s.w.t...

Monday, September 14, 2009

Puasa dan Hari Raya

Assalamualaikum,

Hai,hampir sebulan aku tak update blog ni. Bukan ape, intenet cume kat ofis jer. So mase kat ofis ni nak memblog selalu agak xberkesempatan memandangkan keje yg melambak. Kononnye bile keje siap mengikut mase, bonus sebagai ganjaran... Hmmm bile da siap ikut mase lain plak storynyer...
Malas nak pk pasal ofis la..sume orang ader konflik masing-masing kan.

So hari ni nak cite pasal pose dan raya...
Tahun ni adalah tahun pertama aku berpose sebagai isteri, menantu, bakal ibu di samping bekerja pada siang hari.
Sangat2 memerlukan pengurusan mase yang sangat bijak supaya kekal cergas sepanjang hari. Dolu2 time bujang ske hati je nak bgn shur kol brp, nak mkn roti kering cicah teh o pon xpe. Tp skung ni dah ada somi, jgn harapla nak mkn roti kering. Kurus kering la pak cik yg sememangnye da kurus kering tu. Aku tinggal bersama keluarga mentua, halnye sebagai menantu xkan nak serahkan setiap keje dapor kat mak mertua kan.Harusla bangun sahur awal, same2 sediakan sahur untuk somi masing2 walaupon makanannyer same jer. Nasibla mertua aku ni xkisah sangat orangyer, paham aku ni orang yng bekerja. Kekadang tu aku bgn sahur jer sume da siap. tgl senduk nasi duduk dan mkn. Air buat sendri.hehehe. tp sebagai menantu aku basuh pinggan,periuk2 kuali2 yang da digunakan walaupon mak aku kate 'xpyh la basuh. Ko nak keje nanti. G la rehat'. tp sebagai menantu aku buat gak la. Laju2 sebb nak tdo balik. Hahahaha.

Tu pasal sahur ni pasal berbuka lak. Time bulan pose ni ofis masuk kol 8pg blik 4.30ptg. Oleh kerana pg sgt, ramai kuar bekerja awal, maka aku xpenah masuk ofis tepat2 kol 8 pg. Jem jgn kate la, tp ok la still begerak lagi. tp aku xleh pecut. Septtnyer aku kene kua rumah kol 7 pg untuk masuk ofis tepat pada masenyer. Tp oleh kerana dek mate aku ni susah nak bukak pg2. ape lagi tebabas la dr mase yg septtnye kua rumah. lmbt la jwbnyer. Kekadang bos masuk lambt, so xkisah la. Kalu die masuk awal, aku buat muke bodo je la. Hahaha da lambat. bab nak blik lak. aku ambil mase dlm 45min ke 1 jam la drive rumah ke ofis. bab blik lak blom kol 4.30 aku da kemas2 nak blik. Masuk da la lambt.blik bukan main awal lagi. ye la xkn aku blik tgl nak mkn je kan. Harusla tolong2 mk aku ape yang patt. sampai umah je 5.2o ptg. Paling bestnyer. mak aku ni masak awal gile. aku blik je.mak aku da lepak2 da kadang2. "siap da ke mak?" aku tya. "Awal ko blik". Aku kate la pose blik 4.30Ptg. mak da siap masak. Kalu ko nak mkn lain ko masak la. Pergh bahagianye la hidup. Tp xkn la hari2 nk buat cenggitu kan. Kadang2 aku masak la. simple2 jer. aku da bgtau mak aku, aku memang xpandai masak. mak aku xkisah...Alhamdullilah....Pakcik mkn je ape aku masak. Walaupon mak aku ade masak yg lain, lauk pertama yang die mkn ialah ape yg aku msak...sedap ke xsedap die mkn je...xberbunyi langsung. tu yang aku bersemangt nak masak lagi. die xkisah pon bab makanan ni. senang nak jaga orang mcm ni. pas tu bese la aku amik tender cuci pinggan setiap hari. walaupon mak aku kate xpela. bio mak yg basuh. Gila kalu aku tinggal mcm tu jer. mampos kene marah dgn pakcik nanti.

Ok bab buka da abis...
Bab pose lak,tahun ni aku dapat pose penuh... hurey!!!!! walaupon ader beberapa hari lagi ramadhan. Pak cik da ponteng 2 hari. Sbb demam panas.. Cabaran pose sebagai ibu mengandung same je mcm orang xmengandung. Cume risaukan baby je la. Ok ke tak die..aku da masuk mgu yg ke 27 mgu. Baby aku ni da pandai menendang2.. aduhai 1st time die tendang.teruja gak aku.. bile da lame2 tu, penat beb. aku da la lapo.bole plak die main2 kat dlam tu. Kekadang aku kate, da la tu main. Tido la. mama lapo ni...hahahaha pas je buke langsung aku xrase die gerak. tido kekenyangan la tu. Pas tu nanti kol 2pg 3 pg die bgn lagi main. aduhai. bayangkan nanti 4.30 aku nak bgn sahur, siang keje lagi. Cabaran cabaran btol la. da dekat 2 mgu la baby aku start bergerak. Dan selama itu,pakcik xpernah merase die gerak. Bile pkcik letak je tgn kat perut aku, baby ni trus diam...xnak bergerak. hahahaha kecian pkcik. Selama tempoh berpuasa ni yg da ke 23 hari, aku sangat sihat dan bertenaga. Alhamdullilah sgt2. Selera makan jgn ckap la. Sume aku mkn...berjalan shopping pon ok, g bazar...hmmm...bagusnye la budak ini...harap2 bagus la sampai besar...

Raya, raya, raya...
Pose tgl 5hari je lagi. Lagu raya bekumandang di sane sini...perasaan aku bercmpur baur. Gembira, sedih, teruja mcm2 la...tahun ni aku dapat bersalaman buat pertama kalinyer dengan somi yg tercinta...hahahha mahu mintak duit raya nanti..Pohon ampun dan maaf di pagi raya..huhuhu.sedihnyer bile terkenangkan bonda yg telah pergi buat selamanyer, tahun ni tahun ke 2 aku ry tanpanyer.. kekadang aku leh menangis ble dgr lagu ry...hmmm...aku redha..tp aku tetap terkenang kan nya... aku sedekahkan Al-fatihah bile tringat. Semoga rohnyer di cucuri rahmat...thun ni aku rya rumah mentua dulu. pas tu br blik keratong...byk rumah nk kene pg ni. keluarga da semakin besar...Xsabar rase nak raya.....baju raya tahun ni xla kembang sgt.hahahha memandangkan perut aku ni xbesar sgt so aku masih bole pki baju kurung...kebaya???xder harapan la...huhuhuhu...baju bli je kat kedai yg da siap...tema??? mcm nak biru tp xder yg kenan... Pink je la. Pak cik pon pink gak..terpakse la kan...biskut raya, mak aku kate xpyh bli. Buat jer..2 mgu pose mak aku da buat kueh...semangat beb nak rya..aku tolong gak la. Ader kueh tart,kueh kacang, kueh cokelat ape ntah namenyer, ader 6 jenis mak aku da buat. mgu ni nak buat kek. mak aku hebat buat kek...aku nak timba ilmu ni nanti.huhuhuhu...korang kalu rase mesti nak lagi. Kalu nak rase jemputla dtg umah aku rya nanti...

Ok la penat da rasenyer bace cite aku yg panjang bejele ni. maklumla lame xupdate blogkan. terima kasih pada yg sudi membaca...Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin....