Showing posts with label Projek..... Show all posts
Showing posts with label Projek..... Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Tukar selera

Hamboi ko.... 
Title tak hagak-hagak... Tukar selera....
Da la lame xmengeblog, tetibe je nak tukar selera...
Ye la, semalam bermulanya era harga minyak naik... RM 0.20 seliter
Dari RM 1.90 ke RM 2.10... Seliter

Ramai yang mengomen / mengeluh/ merungut / memadankan muka/ dan sebagainya 
akan perkara ni... 
Banyak ke sikit ke... pastinya akan terkesan kepada semua orang kat Mesia ni.
Ye la kan, pengangkutan utama rakyat Malaysia adalah pengangkutan sendiri.
Da menjadi perkara wajib, satu rumah kebanyakan ada 2 biji kenderaan bile suami dan isteri Menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja..so secara keseluruhan impak setiap rumah yang berkenderaan 2 adalah 2 kali ganda atau RM 0.40 seliter hokey???.. 
Aku yang baru nak memulakan misi "cut-off" atau berjimat ni terpaksa membuat perancangan semula disebabkan  kenaikan harga ni.. 
Dalam kepala hotak ni da merancang mcm2 hal hingga menjurus kepada hal nak tukar selera ni...

Sebenarnya aku ni terfikir untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak.. Lebih- lebih lagi bile dorang da semakin meningkat besar. Aku merancang untuk memasak sarapan pagi dengan tenang tanpa terkocoh2, menghantar mereka ke sekolah, tunggu mereka luar pagar sekolah, masak makanan tengahari, bermain di laman rumah yang menghijau di waktu petang... Tenang... Rilek... Puas hati... Aku inginkan mereka membesar di hadapan mataku... Aku berjiwa sensitif.. Aku inginkan suasana kedahuluan diamalkan dalam kehidupan harianku kelak... 

 Di zaman yang serba moden ni, dengan erti kata duniaku duitku, duitku duniaku... Perancangan aliran masuk wang dan perbelanjaan berhemat perlu dipraktikkan... Aku kalau boleh mahu memperlahankan peredaran masa... Aku mahu menjadi seorang yang klassik... Seperti dolu2.... Sekarang adalah zaman teknologi... Gajet da menjadi perkara wajib pada setiap orang... Handphone bukan setakat untuk panggilan, sms, mms... Sekarang instagram, facebook, whats up, dll... Dan untuk itu, semuanya memerlukan duit... Perkhidmatan berbayar.... 

So, dengan itu,  dengan persekitaran dunia semasa ini, aku mahu menukar selera... 
Tapi aku perlu membuat perancangan, unjuran pendapatan, unjuran defisit dan sebagainya...
Projek kecil dan memimpikan projek besar untuk memberi impak yang besar pada masa hadapan..
Hahahahaha semoga aku bukan pak andeh dengan labu- labunya....

Korang semua, doakan aku ye....
ameennnn....

Friday, February 11, 2011

Entri Baru.....

Keh keh keh
Assalamualaikum
Ustaz Coklat..comel je cerita tu
Cerita kali ni tidak ada kene mengena dengan Ustaz Cokelat

Dapur...
Kepentingan dapur adalah untuk memasak
Kalu xader dapur macmner nak masak
kan??
Aku kalu nak masak dapur kene cantik
kalu xcantik aku xnak masak
ape kene mengena dapur cantik dengan masak
Memang xsejajar
tp aku nak dapur cantik jugak

Mari tengok rangka dapur aku
 Ha ni la dapur aku yang aku nak war war kan... kocik jer 11x12..xder table top solid surface..mozek konkrit je. Amacam cantik tak?? xcantik kan?? so xnak masak. gedikssss
Jadi merancang untuk mendapatkan dapur seperti ini dibawah:

 Full cabinet dari lantai ke siling.. 14 kaki..pergh naik tangga la nak amik barang..peti sejuk besar..agak-agak panas boleh la lepak dalam tu. Built in Oven/microwave. Boleh buat kek cokelat ke bahulu gulong ke hari-hari makan sampai jemu.

 Drawer yang mengasyikkan.. periuk belanga boleh susun mengikut saiz..sungguh teratur..nak masak pon suker.

 Rak pinggan tanpa kaki..tergantung kat depan sinki..oh sungguh comel. erk..rak sahaja 96 hengget...poket ambo...sedih...

 Corner cabinet..sweetttt...

Tempat susun sos..saya putar..putar...
Owh eksesori yang sungguh comel..
belum lagi pull out drawer...pull out cabinet
saya pun nak jugakkkk!!!!!!!!

Jadi misi saya adalah mencantikkan dapur seperti di atas...
mari kite nantikan....
weeeeee...............
~end~

Wednesday, February 2, 2011

Rangka...

Tahun 2011 tahun ni kami akan pindah ke our rumah manis rumah atau homesweethome.hehehehehehe macam best je kan nak pindah-pindah ni. Tapi disebalik itu, pening tau nak buat rumah ni. Buat pengetahuan u allzzz rumah ni stand alone tau. Rumah kami sebijik je.hehehehehe buat atas tanah pak mertua. heh pak mertua bli tanah dari adik die yang da move to kedah. so xmo da tanah tu. pak mertua pon bli dengan rege murah. so kami pon bina rumah atas tanah tu.xpyh bli.pak mertua kate korang bli barang je. tanah tu da kire jadi free la tuk kami.hehehehe.so nak buat luas mane, tinggi mane suke hati kitaorng.bajet ciput je. so xder la rumah agam mcm kat hollywood tu. Buat setakat mampu je...mai skroll down ke bawah..tinjau-tinjau rumah kami nanti.Design kami reka sendri jer.hehehehehe...xder pelik2 sume bese-bese jer

Ini adalah area utama rumah ni...
So tv dan sofa akan disusun di sudut-sudut itu

Sebelah area utama tu kami buat hall kecik.mengadap pintu masuk
nanti letak kusi-kusi je kat situ
buat rehat-rehat kalu tamu-tamu datang

untuk menghala ke belakang, kene lalu hall tengah ni
kalu kona ke kanan akan jumpe 2 bilik.
1 bilik haraz dan satu lagi bilik semayang merangkap bilik tamu
in between bilik tu ader toilet

ha.. ni dining area...
so kalu sedara mare datang makn jer bersila kat lantai
baru la kampung kan kan kan????
pintu tu menghala ke laman blakang
nanti kitaorg buat pisang sesikat kat belalakng tu buat ampaian baju
kalu g keje xrisau kalu hujan
kat blakang tu jugak ada parking kete kami
2 bijik sudah

seterusnya..
wajib ader ialah kitchen
ye ni la kitchen kite
kecik je kan
heheheheh
bia kecik, penat nanti nak kemas
kalu ada acara memasak besar-besaran
akan dibuat di laman belakang yang luas meluas tu.
kabinet lom buat lagi
heheheh tengok bajet dulu

ini ialah master room kami
kire ok la tu kan
besar-besar nanti sume barang nak masuk
kecik2 sudah
bilik air ader satu kat belah penjuru kanan

hehehehehe...pening wooo nak buat rumah sebijik..
nak pilih cat,tile,tingkap,pintu,perabot lagi,lampu-lampu....
hentam saje ikut hati
kalu xcantik 5 taun lagi tukar la
kami ni xgune khidmat pro pon
sebab bajet xde kat situ
InsyaAllah bulan Feb ni da bole stat kemas rumah
yuhuhuuuuu

gambar keseluruhan tidak disertakan atas sebab
SUPPRISE!!!!!!
hehehehe jangan mare eh
tahun ni buleh la datang raya rumah kami

~end~

p/s: pas ni nak buat projek laman pulak...
mate da melilau lilau nak cari pasu and pokok yang tomei-tomei
nanti nak g sungai buloh boli rumput...
nak buat padang bola
hehehehehehe

Tuesday, July 6, 2010

Tambah Nilai....PROJEK BESAR PUNYER....

Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.
Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal.
Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

PANDUAN MENYEMPURNAKAN LANDSKAP DIY
Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, landskap dan kediaman perlu mendokong antara satu sama lain.
Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang dan menimbang pilihan-pilihan yang ada bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.

Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap.
Gabungan lanskap lembut dan lanskap kejur menyempurnakan laman anda.

Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada.

Jika anda benar-benar mahu memperindahkan kediaman anda dengan ciptaan landskap sendiri, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu.

■Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya.

■Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.

■Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.

■Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.


SUMBER INFORMASI
Nazli Kimin
Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com

NOTE: Kolam Ikan atau Kolam Renang????

Perkara Asas....PROJEK BESAR PUNYER...

Rumah merupakan keperluan asas kehidupan kita.
Pendek kata rumah bukan saja berfungsi menampung diri anda, keluarga anda, kegiatan anda malah ia juga menampung 1001 macam benda dan kemudahan yang anda perlukan seperti pakaian, makanan, perabot, dapur dan berbagai-bagai lagi.Untuk menikmati sebuah rumah yang benar-benar selesa dan menyeronokkan banyak perkara perlu dirancang dan diambilkira.

RUANG TAMU
Ruang tamu merupakan ruang rasmi dalam sesebuah rumah khususnya ketika menyambut kedatangan tetamu.Jadikanlah ruang tamu anda satu ruang yang tenteram tetapi berkesan dalam menonjolkan keistimewaan dan keunikan anda sekeluarga.

DAPUR
Dapur perlu dirancang dengan teliti dari segi praktikal mahupun estetikanya.
Sebelum membina dapur anda harus pastikan betul-betul keperluan sekarang dan masa depan. Infrastruktur dapur moden bukanlah murah.

RUANG KELUARGA
Lengkapi ruang keluarga dengan perabot ringkas tetapi selesa.
Yang pasti keluarga anda tidak perlu ruang sebesar gelanggang tenis untuk menonton tv, membaca surat khabar dan bersembang kosong.

RUANG MAKAN
Ruang makan boleh menjadi fokus menarik jika diolah dengan betul.
Pastikan ruang makan berada dekat dengan dapur. Dengan pemilihan perabot dan penataan warna, lampu dan perhiasan yang baik, ruang makan anda boleh menjadi satu tempat yang istimewa.

BILIK TIDUR
Bilik tidur sempurna jika ia dapat menempatkan katil tidur yang selesa di samping dilengkapi dengan ruang-ruang penyimpanan yang mencukupi untuk semua barangan peribadi milik anda khususnya pakaian.

BILIK TIDUR ANAK
Kreativiti dan kesediaan untuk membina sesuatu di luar kebiasaan mungkin penyelesaian bagi mendapatkan bilik tidur yang lengkap, selesa dan menarik untuk anak-anak anda.

RUANG MEMBASUH
Sediakan satu ruang khas untuk membasuh pakaian lengkap dengan ruang penyimpanan, perkakasan dan mesin-mesinnya.Jika boleh selain mesin basuh, dapatkanlah mesin pengering sekali. Ia pasti membantu menyelesaikan banyak masalah dalam menguruskan pembersihan pakaian anda.

STOR & RUANG PENYIMPANAN KHUSUS
Akhir sekali, pastikan anda mempunyai ruang untuk dikhususkan bagi menyimpan beberapa perkakasan bertukang yang asas, tangga atau barangan lain seperti pasu yang tidak digunakan, tong cat dan sebagainya.


SUMBER INFORMASI..
Nazli Kimin
Senihias.com
Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise
Email: senihias@gmail.com

note: how it look like????

BESAR PUNYER....

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

Disamping keje di pejabat ada 1 perkara yang bahagia dalam diri...
sedang meng'surveying' untuk projek BESAR PUNYER....
HEHEHEHE

will be update from time to time...
Sekian...