Showing posts with label Bicara hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara hati. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Cabaran

Assalamualaikum...

hai hai hai...

Xtau nak anggap ape, mayb paling mudah orang kate cabaran kot...

So xyah nk stress sangat...

tunda, pinda dan tangguh...

Mayb orang yang fikir nak senang kita wat tangguh, pinda dan tunda la...

Selepas tu, kita start balik dari mula...

Lepas fikir2 ko tunda ko pinda dan ko tangguh pon, event tu tetap akan jadi, ko nak kene fikir lagi pulak...

So xyah pinda tunda dan tangguh,,,, kita go on,,,,,

Buat yang terbaik,... banyak hikmah disebalik satu kejadian...

Ok bye...


Thursday, May 14, 2015

Berdikarilah

Aku ada satu perkara yang aku sendiri xtau bile ianya bermula. Orang kate berdikari. pada pendapat aku yang membawa maksud tidak kebergantungan kepada orang lain.

Sejak kecil aku dalam kategori orang yang cerewet. susah nak memilih barang. bukan susah xpandai pilih tetapi lebih suka masuk dua buah tiga buah kedai yang berlainan dan kemudian baru membuat keputusan untuk membeli barang. Dulu masa kecik2 aku, tempat kami (aku dan famili) membeli belah adalah di kawasan kedai di Segamat. jarang sekali kami masuk supermall/ supermarket. mungkin sebab mak abah aku xmampu masuk takot barang yang mahal. Oleh sebab sikap aku yang suka masuk dua tiga kedai ni, jadi mak dengan ayh aku penat nak ikut. so dorang just bagi aku duit, ko g la masuk kedai yang ko nak, mak dgn abh aku tgu kat kereta. Kereta parking pon xlah jauh mane pon, tengah2 antara kedai2 aku yang pergi je. sebabkan duit mak aku bg tu terhad beberapa RM je, so aku mencari sesuatu yang value for money yang aku xkan menyesal da pas beli tu. so sikap tu aku terbawa-bawa sampai ke besar.

Semakin aku dewasa, sikap aku semakin berubah.. dari seorang yang cerewat menjadi sorang yang lebih linen.. (mudahkan urusan). Mungkin sebab faktor usia dan tanggungjawab kot. Tapi aku masih lagi orang yang berdikari. segala perancangan yang aku nak buat, aku buat berdasarkan lingkungan kemampuan aku jer. dengan kudrat yang aku ada, masa yang aku perlukan dan kedudukan kewangan yang aku ada. daripada perancangan aku nak kawen, aku nak bersalin anak pertama, anak kedua, anak ke tiga, pengurusan rumah, kerja semua aku buat sendri berdasarkan faktor yang disebut di atas dan faktor sekeliling, seperti jadual pengasuh, jadual kerja. Jadual suami??? inilah yang selalu memeningkan kepala aku. dia tidak merancang jadual dia, klu rase time tu dia nak g mane2 dia g la. 30 min sebelum tu soh aku siap. xckp nak g mane, wat ape or what so ever. Dia jugalah yang selalu merosakkan plan aku. aku da baik2 elok2 buat plan, dia dengan selambernyer merosakkan plan aku.

aku banyak memendam rasa, banyak yang aku xluahkan. aku malas nak wat gaduh, bising2 ke ape. jadi, pada aku klu aku boleh buat sendri aku buat jela sendri. aku susun sendri masa aku, klu perlu aku cuti aku cutila. yang penting aku xsuroh dia buat ape2 pon. banyak benda aku buat sendri jer. xada nak buat sama2 pon. dalam urusan rumah tangga aku banyak mengalah, aku ikutkan je rentak dia. A A la aku, B B la aku, value for money ke x ke. Aku ikut je. Disebabkan sikap inilah, dia xbuat endah sangat pon kt aku, pada dia aku boleh buat semuanya. Semuanya aku ada. So xpayah nak tolong, pandai2 la aku selesaikan. Ni pada firasat aku la, sebb dia xpernah tya aku okey ke xokey ke, nak i tolong ke. xadanya. klu minx tolong pon banyak alasan dan lambt bergerak. so daripada menunggu buah xnak gugur, baik buat sendiri je kan???

Jadi, selagi kudrat aku masih ada, berdikarila walaupon penat dan pedih. tempt kita bergantung harap, hanyalah tinggal harapan jer..... kalau buat pon xikhlas baik xyh buatkan????

Sekian.

Kbai

Friday, December 28, 2012

Detik dan Waktu

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

28 Disember 2012....

Pantas masa berlalu tanpa menunggu sesiapa pun...
Akhirnya tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya...

Sekian lama tidak meng'hupdate'kan ceritera dalam blog...
Terpanggil pulak hari ni nak bercerita kepada alam maya

Hari ni xkeje...cuti sampai habis tahun... Smalam da closing untuk peraku baucer..
Alhamdulilah kesibukan ofis yang melanda masih dapat bercuti dengan aman
Tunggu jela time Akb plak... Struggle yang termampu dan terbaik

Episod 2012... Masam manis kehidupan..
Januari hingga disember pasti menggamit kenangan suatu masa nanti
Meniti hari demi hari... Semakin dewasa... Semakin matang...
Membuat keputusan... Menjalankan tanggungjawab yang dipikul...

Perbezaan masa dan waktu
Objektif hidup yang semakin jelas
Tiada paksaan, tetapi pilihan...
Pilihan untuk menjadikan kehidupan yang lebih sempurna...
Menjadi insan dunia dan akhirat yang sempurna...
Apakah masih ada masa untuk hari esok?
Begitu pun, peluang untuk memperbaiki jangan dilepaskan...
Kesilapan jgn diulangi
Kesalahan perlu dimaafi...
Yang jauh perlu didekati
Yang dekat perlu disayangi...
Yang pergi tetap pergi...
Yang patah tumbuh kembali
Yang hilang akan berganti...
Dugaan Tuhan....semoga tabah...

Hari ini tiada yang mustahil...
Rahsia Tuhan.. Tiada yang tahu
Dunia telah digamatkan akan berlakunya kiamat pada 21 12 2012...
Namun, semuanya kehendakNya...
Peluang masih ada untuk memperbaiki...
Bukan hari itu, tetapi telah dijanjikan olehNya, hari tersebut pasti ada
Janji Tuhan, janji yang ditepati...

Allahuakbar... Allahuakbar
Allah Maha Besar
Subhanallah....

Friday, April 8, 2011

Hatiku rapuh

Ape punye tajuk la tu ek???
Hatiku rapuh.......
memang la
hari ni hatiku rapuh..
xkental...
xbermaya...
Punca????
kerana aku lemah
aku tidak proaktif
aku kene belajar
menjadi seorang yang outstanding
"up" sket supaya aku menonjol
itukah yang aku cari selama ini???
bukan
itu bukan aku
aku bekerja ikhlas
bukan untuk sesiapa
tp untuk diri aku sendiri
aku ikhlas
biala aku tidak dikenali
biala...
tp hatiku rapuh untuk itu...
ye aku kurang pengalaman
aku kurang pengetahuan
tp aku boleh
boleh untuk membawa tugas itu
percayaila aku
sokongila aku

aku yang menurut perintah!!!!
semoga aku bahagia
bahagia dengan hanya menurut perintah
pak perintah...
fahamilah aku
~end~

Tuesday, March 8, 2011

Diam..........

Hallooooo............
Semua orang sedang berjalan pulang...
5 petang la katakan
aku masih di sini
tidak bergerak-gerak
kerja yang xnak habis-habis

Lame kan xupdate blog??
nak tengok blog pon da xsempat
Sekadar jengah jer, update blog-blog kawan-kawan sambil sarapan milo

Sekarang sudah pandai busy
Busy di pejabat
busy di rumah
Kerja sebagai government servant
kerja sebagai suri rumah

Owh sekarang saya sudah pindah rumah tau
Title saya sebagai suri rumah telah termaktub dengan rasminya pada 24 Februari 2011
Sume perkara hal urusan rumah merumah adalah tanggungjawab saya
Sekarang saya merasa hidup seperti pengantin baru
duduk rumah sendiri
mengadap suami dan anak
Sediakan makan pakai
Bangun pagi buat sarapan anak
Siapkan makan tengahari suami
Balik siapkan makan malam pulak
Bergelumang dengan dapur
Skill memasak perlu di pertingkatkan

Saya agak tertekan pada minggu pertama berada di rumah sendiri
Letih
Penat
nak tido
Alangkah baiknye sekiranya saya boleh membiarkan rumah semak tanpa dikemas
baju da bergunung tinggi untuk dibasuh
singki yang penuh dengan pinggan cawan tidak berbasuh
Perlukah saya pembantu???
Tidak!!
Saya perlu berdikari
Kuat
Tabah

Saya memotivasikan diri dengan menguruskan hal rumah tangga
hidup saya akan lebih bermakna
Peluang untuk exercise lebih cerah
Saya da lame mengidam untuk exercise
Mengeluarkan peluh
seperti di waktu bujang

Sedang membiasakan diri dengan peralihan kehidupan baru
Semoga saya menjadi lebih tabah
Saya Wanita Unggul
Selamat Hari Wanita

Monday, January 24, 2011

Drop By....

Short entry.....

Sekarang saya paham..
Saya paham maksud "working independently"
"teamwork"
"Short notice"
"Ad hoc assignment"
"Working under stresss"

I have been gone through with all above situation
for pass few weeks
Then I know.....
I am not strong enough
Cannot be cool
Cannot control emotion
I need a shoulder.....

~end~

Tuesday, December 14, 2010

EMO...EMO...EMO....

Sejak petang smalam..eh Assalamualaikum...sambung balik. sejak petang semalam ataupun petang-petang bile ntah aku da start nak EMO. EMO tu singkatan bagi emosi..perasaaan...marah suka gembira...tapi pada aku emo tu lebih pada perasaan yang negatif..MARAH..DENGKI...BENCI....dan sekutu-sekutunya..Aku jadi emo xtentu hala sejak kebelakangan ini. Nak emo jer..tp lum sampai tahap nak lepaskan emo aku tu.Bencana nanti hahahahaha. Bajet jadi gunung berapi....AKU EMO.....BENCI BENCI!!!!!!!!
zaman nak benci tp rindu da xder da dalam senarai 2009 dan seterusnya...
boleh diabaikan emosi ini.

yang  ini emo yang sangat-sangat diperlukan dalam masyarakat kita hari ni
penting untuk kesejahteraan negara
Sila BENCI AKAN DADAH
TIDAK ELOK UNTUK KESIHATAN

'boleh jadi kamu membenci sesuatu itu , padahal ianya baik untuk kamu'
frasa yang sukar ditelan. bile perasaan benci mendalam terhadap sesuatu, fikiran hanya untuk membuangnya dari hidup. BENCI!!!!!!!!!

orang kate jangan kamu membenci sesuatu itu melebih-lebih, kerana ianya akan menjadi penyakit dalam diri kamu, bile kamu benci, kamu hanya akan nampak segala kejahatan walaupun masih ada kebaikan di sebaliknya...

Sebenarnya..

Serba salah aku nak cite, kalu tulis dalam blog maknenye mengumpat ke tak. kalu cite kat orang memang confirm orang kate mengumpat.heeeee..susahnye kerja dengan orang mcm ni....BENCI BENCI BENCI....

Friday, July 30, 2010

Hati yang rapuh....


Hai,Assalamualaikum...
hari ini hari Jumaat..hari jumaat hari ini
besenye orang happy bile tibe hari jumaat..
tp hari jumaat ini aku tidak happy...
kerana hati ini tidak selesa...
sesak..
sukar untuk bernafas...
adakah kerana mengaliran oksigen yang tidak stabil...
aku akui memang sudah lama tidak bersenam.
hati oh hati...
kenapa kau begitu rapuh..
terusik...
tanpa ada sesiapa yang mengusik...
aku bahagia
tetapi tidak dengan hati ini...
mungkin lagu maafkan aku dendangan Kris Dayanti sesuwai untuk situasi aku sekarang..
Aku ini manusia biasa
bisa sakit
kerna cinta..
 tp hati ku ini bukan kerna cinta..
kerna rapuh
sensitif
ah adakah kerana aku sudah tua
mudah terusik
sensitif...
bertahan la wahai hati..
semoga bahagia esok...
dan selamanya...
sekian