Tuesday, July 7, 2015

Kejatuhan Ringgit Malaysia

Assalamualaikum...

Hari ni nak cite mende yang serious sikit. Nampak x eja 'serious' tu mcm ner?? nak tunjuk betapa serius nya perkara ni. Korang tau x aku ni study background Perakaunan a.k.a Accounting. Tp ilmu Perakaunan aku ni ciput je. Gelaran tempat kerja aku da dapat title AKAUNTAN. Korang faham x ilmu korang ciput je, tp orang panggil korang PUAN AKAUNTAN. Pergh kesan mendalam kot. Stress aku tau. Sebab ilmu di dada tu ciput je nak carry title Akauntan ni.

ok, kita jalan lurus je, sebab nanti penulisan aku ni mungkin ada yang xfaham. Aku banyak guna otak kiri. So perkara mudah aku nak sampaikan pon bole jadi susah orang nak faham or orang nak terima. Aku ni dari segi pensosialan tentang ilmu am atau orang jawa kabor "General Knowledge" ni lemah sikit. Jadi aku kene banyakkan membaca berkenaan isu-isu semasa. Mende ni selalu masuk dalam sesi interbiu. Klu korang nak agak soklan spot bile nak attend interbiu kat sini korang akan sangkut. Sebab GENERAL tu universal. Bole jadi  macam2... so aku nak kongsi sikit la ilmu am yang aku ado. Kalu salah mohon betulkan ye. Terima kasih ke hadapan (thank you in advance)

Ok semalam 6 Julai 2015 dalam sejarah Ekonomi Malaysia.... korang tau harga matawang Malaysia Ringgit Malaysia semakin jatuh. Dibandingkan dengan 1 USD Dollar korang kene bayar RM 3.80...Cer korang tgk pattern graf kat bawah ni. Sumber di sini. Mula dari bulan April 2015 sampai Semalam 7 Julai 2015. Sejarah Malaysia perlaksanaan GST bermula April 2015. Maka bermula jugak la ketidakseimbangan mata wang Malaysia. Khabar angin tentang kesilapan pengurusan Syarikat Kerajan kecoh bermula pada Mei 2015. Sejak itu, kejatuhan matawang terus terusan jatuh.

Eh tgk graf meningkat, pesal pulak jatuh??? Jatuh xsemestinya ke bawah ye kawan-kawan. Dalam kes ini, jatuh bermaksud kita kene topup banyak wang Ringgit Malaysia untuk ditukarkan kepada USD Dollar Amerika. Kenapa kene USD Dollar Amerika?? Sebab mata wang antarabangsa yang digunapakai seluruh dunia adalah USD Dollar Amerika. Dulu Tun M pernah suarakan kepada Negara-Negara Islam dan Persidangan OIC tahun ke berapa xingt untuk menggunakan Matawang Dinar sebagai matawang pertukaran. Tapi cadangan Tun M tidak mendapat sambutan. Kerana?? Xtau. Heheheheh nampak x kekurangan di situ. Sape ada maklumat bole kongsi. Cadangan Tun M tu untuk menggunakan Dinar kerana ingin membantu negara-negara Islam. Dinar merupakan matawang negara-negara Islam, maka dengan itu lebih mudah dikawal. Lagipun penggunaan Dinar hanya untuk negara-negara tertentu sahaja. Nampak tak usahanya kat situ. Namun terhenti di situ....

Ok seterusnya kita tengok pulak pencapaian matawang Ringgit Malaysia kita pada tahun-tahun sudah...Bermula tahun 2011 sehingga 2014. Perbandingan ini meliputi negara jiran kita yang terdekat dan terkecil iaitu Singapura dan Brunei. MYR (Merah) tu Ringgit Malaysia, BND (Hijau) tu Brunei Dollar dan SGD (biru) tu Singapore Dollar.


Nampak x betapa rapuhnya kedudukan matawang kita dibandingkan dengan negara kecil dan terdekat dengan kita.  Kejejasan kita paling ketara sekali. Mula dengan RM  3.0528 terus naik tahun ke tahun dan naik ke RM 3.2712. Perbezaannya selama 4 tahun RM 0.2184.. Tgk pulak jiran kita Brunei kukuh tak kukuhnya dia, terjejasnya hanya RM 0.0097 manakala Singapura beza sikit je dengan Brunei RM 0.0099.  Korang nampak x keseriusan kerapuhan matawang negara kita. Depa kata kejatuhan ini adalah daripada faktor luaran. Memang ler segalanya daripada luar, klu dalaman xkukuh, badai ombak datang kita da bole ranap tau. Kesian sangat.

Kesian kat sapa?? Kesian kat aku la. Aku rakyat Malaysia. Makan gaji pakai currency a.k.a matawang Ringgit Malaysia. Kuasa membeli aku semakin mengecil. Kalu aku gaji pakai currency Dollar Amerika ke Dollar Singapura ke Dollar Brunei ka tu lain la cita. Aku balik Malaysia, aku kaya raya.. Tu sebab ada orang gembira kata Ringgit Malaysia jatuh tu baguih. Sebab depa ada investment (pelaburan) luar negara, Bawak masuk Malaysia tukar dengan Ringgit Malaysia depa banyak duit. Korang kalu nak kaya cepat, macam ni la. Korang ada saving(simpanan) luar negara, korang bawak masuk Malayasia. Nah ni la masanya. Tapi aku xdok pong saving luar negara. Saving dalam negara ja, tu pon ciput ja. Nak survive 5 tahun pon lom pasti lagi. Sian noh kat kami ni.

Tu je la nak habak... kesan dan implikasi dan cara mengatasinya. korang pikiag la. Merajuk ni nak raya..... nak shopping kene GST, nak balik kampung kene berjimat... last2 duk rumah paki t-shirt dengan kain batik je.

Ok bai.

Main-main dengan matawang kat sini :http://www.oanda.com/currency/historical-rates/



No comments: