Monday, November 29, 2010

Doa Buat Mu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Isnin 29 November 2010...tinggal beberapa hari saje lagi kite akan melangkah bulan terakhir setiap tahun
Disember. bagi aku dulu Disember xbanyak beze dengan bulan-bulan lain kecuali bulan Mei. Sekarang da banyak bulan membawa erti yang besar kepada aku. Mari kite jenguk sebentar bulan- bulan itu, bukan bulan mengambang dan juga bukan bulan sabit Merah ok??
  1. BuLan Februari : Perginya Insan yang telah melahirkan aku buat selama-lamanya.
  2. BuLan March : Terjadinya satu ikatan suci yang sah suci mUrni seperti Minyak masak Murni eh tak tak, ikatan pernikahan aku la
  3. Bulan Mei : Bulan aku dilahirkan. (buat sang suami, sila mengerti akan perasaan is3 mu ni bile masuknya bulan Mei)
  4. Bulan September : Bulan di mana aku kene memikirkan suprise yang harus dirancang.Di mana usia sang suami akan terus menngkat dan terus meningkat.
  5. Bulan Disember : Lahirnya si buah hati ku Muhammad Muad Harraz... Muaaah la...
Ok..yang bulan-bulan lain sila jangan berkecil hati hati kerana tidak tersebut seperti di atas. InsYaAllah sekiranya umur panjang akan berlakunya peristiwa penting pada bulan- bulan lain yang akan menambah koleksi bulan penting aku...Semoga setiap bulan akan terus memberi kebahgiaan kepada aku iaitu di mana setiap bulan aku akan Mahsyuk...hehehehehehe gaji la ape lagi...

Ok seterusnya sepanjang weekend yang lalu...
kepada pasangan Haida & Shahrin


 Pasangan Suriani & Saifullrijal

 dan pasangan Kamalia & Faizal
 Anda bertiga layak ke pusingan seterusnya...
hahahaha macam pengumuman mari menari pulaknya
tak la
Maafkan kami kerana tidak dapat memenuhi undangan kalian hujung minggu yang lalu atas urusan yang tidak dapat ditangguhkan.

kami sekeluarga mengucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU,
SEMOGA BAHAGIA KEKAL ABADI

Doa buat Pengantin

Ya Allah
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,

Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu
kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan
dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
hingga ke akhir usia
dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah
keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

No comments: