Wednesday, September 4, 2013

Tukar selera

Hamboi ko.... 
Title tak hagak-hagak... Tukar selera....
Da la lame xmengeblog, tetibe je nak tukar selera...
Ye la, semalam bermulanya era harga minyak naik... RM 0.20 seliter
Dari RM 1.90 ke RM 2.10... Seliter

Ramai yang mengomen / mengeluh/ merungut / memadankan muka/ dan sebagainya 
akan perkara ni... 
Banyak ke sikit ke... pastinya akan terkesan kepada semua orang kat Mesia ni.
Ye la kan, pengangkutan utama rakyat Malaysia adalah pengangkutan sendiri.
Da menjadi perkara wajib, satu rumah kebanyakan ada 2 biji kenderaan bile suami dan isteri Menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja..so secara keseluruhan impak setiap rumah yang berkenderaan 2 adalah 2 kali ganda atau RM 0.40 seliter hokey???.. 
Aku yang baru nak memulakan misi "cut-off" atau berjimat ni terpaksa membuat perancangan semula disebabkan  kenaikan harga ni.. 
Dalam kepala hotak ni da merancang mcm2 hal hingga menjurus kepada hal nak tukar selera ni...

Sebenarnya aku ni terfikir untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak.. Lebih- lebih lagi bile dorang da semakin meningkat besar. Aku merancang untuk memasak sarapan pagi dengan tenang tanpa terkocoh2, menghantar mereka ke sekolah, tunggu mereka luar pagar sekolah, masak makanan tengahari, bermain di laman rumah yang menghijau di waktu petang... Tenang... Rilek... Puas hati... Aku inginkan mereka membesar di hadapan mataku... Aku berjiwa sensitif.. Aku inginkan suasana kedahuluan diamalkan dalam kehidupan harianku kelak... 

 Di zaman yang serba moden ni, dengan erti kata duniaku duitku, duitku duniaku... Perancangan aliran masuk wang dan perbelanjaan berhemat perlu dipraktikkan... Aku kalau boleh mahu memperlahankan peredaran masa... Aku mahu menjadi seorang yang klassik... Seperti dolu2.... Sekarang adalah zaman teknologi... Gajet da menjadi perkara wajib pada setiap orang... Handphone bukan setakat untuk panggilan, sms, mms... Sekarang instagram, facebook, whats up, dll... Dan untuk itu, semuanya memerlukan duit... Perkhidmatan berbayar.... 

So, dengan itu,  dengan persekitaran dunia semasa ini, aku mahu menukar selera... 
Tapi aku perlu membuat perancangan, unjuran pendapatan, unjuran defisit dan sebagainya...
Projek kecil dan memimpikan projek besar untuk memberi impak yang besar pada masa hadapan..
Hahahahaha semoga aku bukan pak andeh dengan labu- labunya....

Korang semua, doakan aku ye....
ameennnn....

No comments: