Selamat Pengantin Baru.....
Selamat Berbahagia....
Selamat ke anak cucu...
Selamat sejahtera....
Antara bait-bait lirik lagu nyanyian Allahyarhamah Saloma berkumandang memeriahkan majlis persandingan aku yang berlangsung sejurus selepas majlis akad nikah selesai pada waktu pagi hari yang sama...
Aku yang anggun dalam busana emas dari Erlinda Bridal menyambut kehadiran suamiku yang juga siap berpakaian warna sedondon bagaikan pahlawan melayu sedia menunggu kehadiran aku.Kami diiringi paluan kompang ketika berjalan menuju ke pelamin indah tersedia di dalam rumah.
Rombongan dari pihak lelaki juga membawa dulang hantaran sejumlah 7 dulang dan dibalas 11. Antara barang hantaran yang aku terima, sepasang baju kerja,seutas jam tangan, sireh junjung, sepasang telekung dan sejadah,manisan,sebentuk cincin dan mas kahwin RM22.50. aku menghadiahkan suamiku sepasang baju kerja, seutas jam, perfume, wallet & belt,kamera digital, manisan dan potpuri.
Ketika perjalanan menuju ke pelamin, acara tabur gula-gula diadakan untuk kanak-kanak. Begitu gembira si anak-anak kecil ini mengutip gula-gula yang bertaburan. Aku menggunakan khidmat jurugambar profesional dari Carlbella69 untuk merakam detik-detik bersejarah aku. Pelbagai aksi telah dirakam sewaktu persandingan aku.Saudara dari kedua2 belah me
mpelai, rakan dan taulan yg hadir turut merakam detik bersama raja sehari. Aku agak tekilan kerana tiada acara menepung tawar kerana set tepung tawar tiada dalam pakej perkahwinan yang aku tempah. hmmmm....xpela...segalanya selesai dengan lancar sekali.
Sejurus selepas itu, acara makan berdamai pula menyusul. Rombongan pengantin lelaki memenuhi ruang makan berdamai. Hidangan dan juadah untuk mkn berdamai telah disediakan oleh kakak ku dan semua makcik2 aku.Terima Kasih...setelah selesai acara memotong pulut kuning mengakhiri acara makan beradab..
Aku kemudian menukar pakaian ala-ala jawa sebagai baju persalinan yang pertama. Suamiku masih dalam pakaian yang same...beberapa aksi telah diambil. Untuk tujuan 'outdoor fotography' aku lagi sekali menukar pakaian gaun leret dan suami aku ber'kot'. Rakan-rakan sudah mulai pulang...sedih sekali.tp xpela mereka da pun hadir meraikan majlis aku.
Petang itu hujan turun mmbasahi bumi. Hmmm...alhamdullilah..Semoga majlis aku diberkati Allah....Semoga ikatan perkahwinan ini kekal abadi selamanya...kemah yang terpasang di jalanan dibuka, saudara mara juga turut pulang kerana keesokkan harinyer adalah hari bekerja..Bermula la episod baru dalam hidup aku sebagai seorang isteri....
3 comments:
wah.. siap ader part 2 ek.. nanti crita la plak kenduri yg kat umah pakcik...
owh..
next umah pak cik lak
Post a Comment