Thursday, March 18, 2010

Pedas-pedas sambal belacan-bahagian 2

bukan ambulans ni yang aku naik...




sambungan.......


Jam 12 tghari 24 December 2009, Perjalanan dari Hospital Banting ke Hospital Klang mengambil masa lebih kurang 45min after ambik kira traffic light dan kete-kete yang lalu lalang sekiranya menaiki kenderaan bese. Oleh kerana aku di bawa menaiki ambulans so perjalanannye lebih singkat dlm 20min begitula. Alkisahnya pengalaman menaiki ambulans ni. Korang tau tak..ambulans ni kekadang tu nak laju bio le berpada2 sket...if emergency nak amik orang xcident ke orang lemah jantung ke xpe la gak. ini bawak aku yang tgh sarat mengandung..oh mak ai kalu la time tu otw nak beranak rasenye terberanak la dlm ambulans tu akibat daripada hentakan duk dlm ambulans tu. Keadaan jalan jgn la dipersalahkan sememangnye jalan tu xrata..if la spring ambulans tu seperti kete mercedes ke ok la. ooo xdapat bayangkan la if btol2 memang ada orang yg sakit dlam van tu sensitif dgn hentakan..ape la jadi agaknye ye...Husband aku da tertinggal jauh nun di belakang.xleh folo ambulan yang menggila di jalanan.


Dipendekkan cite tiba la ke destinasi yang ditujui iaitu Hopital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang sengat femes itu. Alhamdullilah aku selamat tiba di Hospital tanpa sebarang kompilasi akibat hentakan berada dalam ambulans. Di zon kecemasan aku di bawa ke unit ibu mengandung untuk mendapat rawatan seterusnya. Setelah jururawat membuat pendaftaran dan menyerahkan fail aku ke bahagian Hospital Klang aku ditinggalkan.


Doktor mengarahkan aku baring di atas salah satu katil yang tersedia untuk ujian CGT seperti di Hospital Banting. Keadaan masih normal.Denyutan jantung baby dan kadar kontraksi yang tidak berubah. Kemudian Doktor mengarahkan aku angkat kaki untuk melihat bukaan. Satelah beberapa ketika doktor menanyakan adakah air ketuban aku telah pecah. dan aku menceritakan situasi aku yang mengalami pengaliran air seperti air kencing. Oleh yang demikian, Doktor memberitahu bahawa aku tidak akan di induce untuk kali ke-4 dan berpotensi untuk melahirkan secara normal. Aku menarik nafas lege.


kemudian aku dibawa ke wad ibu mengandung tingkat 2 hospital berkenaan menaiki kerusi roda yg ditolak oleh jururawat dan di eskot oleh suamiku yang tiba beberapa minit kemudian. Setibanya di wad ibu mengandung tingkat 3, aku disediakan katil no 30 yang terletak nun jauh ke dalam wad melalui katil2 ibu mengandung yang lain. Suamiku diarahkan mengambil barang dan meletakkan di katil yang disediakan. Namun tidak pernah sekalipon menduduki katil tersebut hatta melihat katil yang bernombor 30 itu.


Jam menunjukkan 3.00pm 24 December 2009, aku diarahkan baring di katil yang di katakan katil "standby" untuk ibu yang bakal melahirkan sementara menanti bilik bersalin kosong. Katil ini disediakan sekiranya terdapat kecemasan untuk melahirkan, ibu akan terus disor0ng ke dalam wad ataupon bersalin sahaja di situ. Aku dikehendaki menjalani pemeriksaan CGT seperti biasa dan pada masa yang sama ubat sakit untuk merangsang kontraksi dimasukkan ke dalam tubuh melalui tangan. Jururawat memberitahu kadar kesakitan akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut kekerapan kontraksi. Jururawat memberitahu kebiasaannya 2 jam selepas ubt dimasukkan bakal ibu akan merasa sakit unutk melahirkan di tahap yang maksimum dan bukaan mencukupi untuk bakal ibu meneran. aku memahami dan mengambil keputusan untuk tidur agar mempunyai tenaga untuk meneran nanti.


Jam 5.oo pm 24 Dicember 2009 masa yang dinantikan. Jururawat kembali dan melakukan pemeriksaan. Bukaan masih sama 3cm.. proses kelahiran tidak bole dilakukan. Dos ubat skit ditambah lagi dan masa trus berlalu. AKu masih blom merasa lagi kesakitan untuk melahirkan. Keadaan merimaskan. Perut diikat untuk CGT, tangan berwayar untuk sambungan ke ubat. Masa terus berlalu, sakit semakin dirasai..


Jam 9 malam 24 Disembar 2009 aku disorong ke bilik bersalin untuk persediaan bersalin.Aku masih tidak bole melahirkan kerana bukaan tidak mencukupi. Dalam bilik bersalin aku trus melalui prosedur yang sama, CGT dan aliran ubat skit.


Jam 12 tghmlm 25 Disember pemeriksaan dibuat, bukaan masih tidak mencukupi. Doktor berkeputusan unutk memberi masa lagi agar bukaan dapat di buka dengan lebih luas dengan bantuan ubat yang diberi.Tempoh masa ini la yang paling genting yang aku rasakan. Aku sudah tidak mampu untuk menahan kesakitan yang merimaskan ini. Aku diberi bantuan pernafasan oleh jururawat yang bertugas. Keadaan bilik semakin sejuk. Aku meminta selimut yang lebih tebal untuk menutup tubuhku.Masa trus berlalu. Kedengaran bakal -bakal ibu yang melahirkan dari bilik sebelah meneran. aku menjadi tidak keruan. Berkira-kira bagaimanakah keadaan aku nanti. Mampukah aku sekuat itu meneran cube mengeluarkan. Oh Tuhan Tolong la HAmbaMu ini. Sepanjang keberadaan aku di Hospital tidak putus-putus aku memohon kepada Tuhan agar permudahkan segala urusan kelahiran ini. Berikanla aku kekuatan mengharungi cabaran Mu ini Ya Allah. Hanya padaMu ku memohon. Malam beralih ke siang.


Jam 4 pagi 25 Dicember 2009. Doktor menjalani pemeriksaan, bukaan 5 cm. Air ketuban telah pecah 24 jam yang lalu. Bukaan tidak mencukupi untuk meneran dan Doktor membuat keputusan aku tidak boleh bersalin secara normal. Operation harus dilakukan segera untuk mengelakkan segala yang tidak diingini berlaku. Aku dipersiapkan oleh jururawat yang bertugas pagi itu untuk ke bilik operation. kemudian aku diarahkan menandatangani persetujuan menjalani operation dan kebenaran diberi ubat bius. aku trus disorong ke bilik pembedahan tidak jauh dari situ..aku pasrah kan segalanya.


Jam 5 pagi 25 Disember 2009, didalam bilik pembedahan....sejuk sangat. lampu bulat-bulat seperti yang aku tengok dalam tb. Doktor-doktor, jururawat-jururawat berpakaian hijau tiada seorang pon yang aku kenali, ada muzik kedengaran, bau ubuat-ubatan...kedengaran bunyi steel..pasti itu alatan pembedahan. aku diarahkan duduk dan memeluk bantal sambil disokong oleh jururawat. Ubat bius disuntik...kesakitan tadi semakin hilang dan trus hilang. Selesa sangat. Bantuan pernafasan diberi. tangan didepakan, dan segala macam persiapan.kain rentang dinaikan..aku sudah letih dan tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...


Jam 6 pagi 25 Disember 2009...aku dikejutkan oleh jururawat...Puan..ini baby pUan..wah sungguh tidak kuduga...akhirnya penantian aku berakhir...baby comel...baby boy...
Kemudian doktor yang menjalani pembedahan ke atas aku memberitahu bahawa aku kehilangan darah 1 liter dan harus di"topup" kembali. aku juga mengalami luke dalam sepanjang 4 cm dan aku dinasihatkan tidak mengandung dalam sama 1-3 tahun untuk membolehkan aku bersalin secara normal untuk yang seterusnya... keadaan bilik terlalu sejuk sehingga aku menggigil dan terketar2. Aku keluar dari bilik pembedahan dan ke blik lain yang tidak kuketahui bilik ape. Aku ditambah darah di situ. JAm 7pg ketika itu... aku tidur kembali.

Jam 8 pg 25 Disember 2009..aku tersedar apabila jururawat kembali dan memastikan aku dalam seadaan stabil. Darah telah habis dimasukkan. aku kemudian disorong keluar untuk ditempatkan di dalam wad. Ku lihat suamiku berada di luar menanti. senyum aku lemparkan.tp muka mengantuk dibalasnya. aku tahu pasti sepanjang malam die berjaga..menanti berita...
AKu ditempat di wad 2 bersama pesakit lain katil yang bernombor 26. Bayiku ditempatkan di wad 6 untuk rawatan selanjutnya.

28 Disember 2009 aku dibenarkan keluar wad. Namun bayiku masih tidak dibenarkan. Suspek kuning dan terpaksa ditempat kan dibawah sinaran lampu biru selama 24 jam. Keesokkan harinya, kami berdua dibenarkan pulang. Alhamdullilah semuanya sihat...
Panjang tak perjalanan aku nak bersalin,panjang kan...
dari sepital banting ke sepital Klang. Pada korang yang baca entri ni jangan lak takot nak bersalin lak. Ader orang senang je nak bersalin. ada orang mcm susah nak bersalin. tp tu bukan susah pon. tp procedur watkan nye jadi mcm susah. ader orang sebelom tarikh due da rase nak bersalin. Sakit skit2 kat umah, Bawah g hospital bukaan da 4 cm tgu dalam 5 minit je da bole meneran. Push...baby da keluar..senang kan. tp tu sume rezeki masing2. ader orang tu langsung xberpeluang nak merasa bersalin. Pada kita ni yang ada rezeki bersyukur la. sakit tu kejap jer. aku xnak serik bersalin. bak kate orang tua tua pedas pedas sambal belacan. walaupon pedas tp sedap. same mcm bersalin walaupon sakit tp berbaloi baloi.....
wasalam.......

























4 comments:

windi said...

teringat kenangan bersalin pertama kali.

Shida said...

suzy, best nyer bace cite mau bersalen nie...wargh, pengalaman yg sgt menyentuh hati/perasaan =)...Bile bace kan, baru rase betapa kuat perempuan nie sebenarnya ~

suziekuteri said...

entri sebenarnye ditujukan khas untuk Muhamad Muaz Harrazz dan sang suami di luar sana agar ketahuila rintangan isteri anda untuk melahirkan zuriat anda

suziekuteri said...

entri sebenarnye ditujukan khas untuk Muhamad Muaz Harrazz dan sang suami di luar sana agar ketahuila rintangan isteri anda untuk melahirkan zuriat anda