![]() |
Bahagiaku Bahagiamu... |
Hujung minggu yang lalu kami telah menyertai aktiviti keluarga bahagia anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan SK Sungai Judah (A) tempat husband aku kerja bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan.
Port Dickson bukan merupakan tempat utama aku selama ni, kalaupun untuk ke Port Dickson hanya atas urusan kerja menjalani kursus.. sepanjang perjalanan menuju ke hotel penginapan kami, aku dapati banyak kemudahan penginapan yang disediakan... lebih kepada taraf hotel berbanding motel atau chalet seperti di Langkawi... so ini menunjukkan sumber ekonomi Port Dickson adalah pelancongan berikutan pertumbuhan hotel dibina di persisiran Pantai terutama di Teluk Kemang ni...so kite boleh memilih hotel yang berpatutan berdasarkan bajet percutian kite.. Klu nak diskaun boleh subcribe Groupon... so jom lah rancang percutian anda... Port Dickson pastinya pilihan menarik sesuai dengan bajet anda...
![]() |
Persisiran Pantai |
![]() |
Aktiviti bersama kakitangan |
![]() |
Anak-anak dan pasir |
![]() |
Anak-anak dan laut |
so ape lagi jom kite camhore la sendiri...
Anak da dua tapi masih maintain???
Hahahaha
Aku pun xtau kenapa..
Nanti aku cube refresh ape yang da aku buat...
![]() |
matahari menyinsing |
{Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera
yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah
mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan
pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh
(terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan
(164) [Al- Baqarah]}
{Dan Dialah yang
menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada
masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: Jadilah, lalu terjadilah ia.
FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan
sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang
Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya
(73) [Al-An'aam]}
Aktiviti malam adalah yang dinanti-nantikan...
Makan malam berbarbeque...
Sedap...
Xder nak komen...mcm2 ada tema lebih kepada western style... salad, spageti, mushroom soup, roti arab, sosej bakar, dan perut Malaysia pastinye nak ada nasi... nasi goreng.... untong badan pandai masak...
Anak2 bagi susu siap2 supaya boleh bersabar bile jumpe makanan...
![]() |
Asam Pedas kasih Ibu |
Keesoookkan harinya.. sebelum balik kami menjamu selera di Asam pedas Kasih Ibu....
di Port Dickson ni senang nak cari makan ikut selera kita...
so jangan takot jangan segan ada masa kunjung la ke Port Dickson...
Beristirehat bersama keluarga, menghabiskan masa berkualiti untuk orang yang tersayang
Menginap hanyalah sekadar pilihan...
Kalu nak gerak hari boleh je, bawak la khemah untuk berehat rehat...
Kalu nak shopping pun banyak....
Tp kami menjauhi aktiviti tersebut...
Pengsan dengan anak-anak nanti
Tamat....
No comments:
Post a Comment