Thursday, September 11, 2014

Saya Sudah Cecah 30 minggu...

Assalamualaikum...

Hai sudah lama tidak bersua,
Ramadhan sudah berlalu,
Syawal sudah melabuh tirainya...

Sekarang da masuk musim haji
dan tidak lama lagi kita akan menyambut hari Raya Haji pulak...

Ohhh hhhooo masa berlalu begitu pantas
Sekarang Usia kandungan pon da memcecah 30minggu....
lebih kurang 10minggu je lagi...
Berdebar-debar walaupon da nak masuk anak ke 3.

OK, sinca da capai usia itu,
persiapan mental dan fizikal harus diterapkan pada saat ini
da google segala macam...
Kite nak ready dengan persiapan fizikal...
taip "PETUA MUDAH BERSALIN"
taip "PETUA SENANG BERSALIN"
DAN yang sewaktu dengannya lah

So, kali ni nak cube yang ini pulak.
MINYAK KELAPA DARA...
Hoyeahhh....
moh kite cari ini ye kengkawan semua...

Ada dalam bentuk kapsul
Ada dalam bentuk cecair
SO kite bole pilih je dari mana-mana yang kite rase ok.

So aku mcm prefer nak cari yang cecair.
Boleh gune untuk urutan 'PERINEUM'
Dulu tau da pasal ni,
tp macam busy jer...

Sekarang ni nk try pulak.
Amik pengalaman katenye...

Jadi sape yang xtau ape itu urutan "Perineum"
meh aku kongsi sikit dari sumbar bacaan aku yang lebih kurang lajunya
(maksudnye skip2 para yang xnk baca..) hehehehe

Apa itu Perineum ?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur

Urutan Perineum (sumber majalah PaMa):


Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.



Teknik urutan perineum:

1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.


OK, klu nak yang original punye...
hehehehehe ajak suami dot...dot....dot..dot
InsyaAllah usaha dan tawakal pasti akan memudahkan...

Kemudian jangan lupe zikir 




Ameen....

No comments: