Wednesday, July 22, 2015

Yeayyyy da Raya....

Hai korang,
Assalamualaikum...
Da habis raya ke korang??
Ewah2 lama ye cuti...
Kerja la...

Ok, masuk kerja bos xada..hahahahahhaa (ikon setan purple keluar kat kepala)
Sebenarnya banyak list kerja nk settle ni...
Kita slow slow up wokey??
Nak cita pasal raya kitaorang....
Simple yet meaningful...

Seperti selalu... sejak arwah mak dengan abah aku xada, aku da belajar untuk masak menu raya sendiri. Google resepi dari Mr Google... Blog pilihan menu biasanya dari Mat Gebu. Tiffinbiru, bahan masakan macam biasa ada kat dapur mak dulu. So aku salin je resepi yang kenan di hati. Tahun ni simple je menu, Rabu masak untuk jiran2 lauk kuah kacang, ayam masak kicap merico dengan sayur campur plus nasi impit. Then Khamis tu, xmasak pon sebab gerenti dapat juadah dari jiran2... Tengah malam tu kol doblas br start masak untuk esok pagi punye rendang ayam, dengan kuah kacang lagi sekali. Husben da order lemang dan rebus nasi impit segera dua ketul untuk makan anak beranak. Siap, makan esok pagi pas balik semayang raya.


Pas semyang raya xp mana2 pon, sebab pe ek??? ok sebab aku lambat mandi... hahahahahaha orang balik semayang raya xmandi lagi ape kejadahnye... Wey Thaqif xbole kene tinggal... mcmne nak mandi... kene la tunggu ayah balik semayang raya baru bole mandi. Ok da siap mandi, kita serapan sesama laki bini anak branak je. tok tok tik tik tuk tuk da tengahari da. Pas tu nak semayang Jumaat lagi, so kesudahannya separuh hari raya pertama tu xbuat pape pun, kat rumah sendri je tgk tv layan anak2... Lagipun husben kene bukak khemah kat port klang. So kitaorg layan tido, sebab mlm td tido lambat kene masak. Kroh kroh bur tido xada orang kacau memang syiok ok, klu kat kampung mampuih kene bebel raya2 tido.

Then petang tu husben balik kitaorg pon jalan rumah ayah dia a.k.a bapak mertua aku la... Duk makan layan sepupu dia datang raya, kemas2 ape yang patut... kitaorang pon chow chi chow la.... balik rumah sendri jugak.. kih kih kih. Sebelum tu, kitaorang singgah ziarah pusara bonda husben kejap. Dekat je sejalan ke nak ke rumah kitaorang. Malam macam tu jugak.... main mercun dum dam dum piuuu sana sini.. then kepenatan kitaorg pon tido lagi...


Ok, then masuk raya ke dua pulak, kakak aku da on the way ke Tanjung Karang, Selangor dari Johor pas semayang raya pertama iaitu semalamnya, so kami adik beradik  yang lain kecuali adik bongsu sebab dia raya kat rumah mentua gerak ke Tanjung Karang  jugak, kami akan berkumpul di rumah arwah nenek la. Setiap tahun kami adik bradik rapatkan silaturahim dengan berbaraan raya bersama-sama, tak kirala mana pon kami raya, kami cuba sedaya upaya usahakan masa untuk bersama-sama berjumpa dengan sanak saudara. Kebetulan rumah sedara belah abah dengan mak dekat je, so senangla perjalanan raya kami, rumah pertama kami tuju mestilah kakek kami dulu. Then trus ke rumah paman dan bibik belah abah n emak. Singgah jugak beberapa rumah sepupu kami la. Malam tu kakak aku tidur rumah aku la, rancangan kitaorang esoknya balik Keratong pulak.

Cita pagi raya ke tiga ni xsyiok sangat, kakak aku mengadu susah nak bernafas pagi raya ke tiga tu, so pagi tu aku bawak g klinik la sebelum gerak balik Keratong, Doktor cakap dia ada kencing manis, tinggi jugak bacaan dia, doktor nasihatkan dia warded untuk pemerhatian. Dia mintak balik Muar, sebab rumah kat situ. Petang tu kakak aku pon warded kat Hopital Muar. Then raya ke tiga berlalu mcm tu je, Thaqif pon mood xberapa nak elok, so kitaorg decide rehat je kat rumah... :(

Raya ke-empat, esok paginya, kitaorg gerak ke Muar la nak ziarah kakak aku. Abang aku kebetulan semalam (raya ke 3) dia bawak mertua dia ke Melaka dam mlm tu dia bermalam rumah kakak aku, aku sampai Muar jam 12.30tghari n kitaorg trus ke Hospital la. Keadaan dia ok la sikit sebab da dapat bantuan pernafasan, Doktor scan jantung dia bengkak, tu yang susah nak bernafas tu. Thaqif pulak batuk selesema then kitaorg trus bawak g klinik pesakit luar la kat situ jugak... dapat nab sekali, dia da ceria balik. Alhamdulilah,...


Sebelum balik Selangor, kitaorang decide rehat rumah kakak aku dulu, mandikan anak-anak. Rehat2kan badan. Sebelum tu pekene Mee Bandung Muar Beledek  dulu... thumbbbsss uuuppppssss... Dalam kol 9 mlm macam tu kitaorang gerak balik Selangor, n luckily jalan xjem....
Syiokkkkk sangat.....

Raya ke-lima kitaorang kat rumah raya sendiri-sendiri jer. Boring kot ajak husben raya rumah nenek dia kat Kapar... dapat la 2 bijik rumah... tu pon da petang....

Malam kitaorang raya rumah pengasuh anak-anak depan rumah je.. n rumah jiran sebelah....
so raya kiraorang tamat jam 11.00 malam tadi....

Macam tu la citenya.....hari ini raya ke-enam da masuk kerja... yeay.... masuk kerja bos xada.... syiokkk oooo.. rugi xbawak kuih raya....

Kami Fikri Suzie Harraz, Hana dan Thaqif 
mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin...

kbai

No comments: