Thursday, February 25, 2010

yeee haaaa ye beda bedooo!!!!!!!!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdullilah masih bernyawa lagi untuk meneruskan impian menjadi blogger tegar walaupon mase hanya diperuntukan 24 jam sahaja dan jadual harian semakin padat sepadat jadual harian perdana menteri sekarang.......oh sekarang harus ada salam 1 Malaysia...


ye salam 1 Malaysia mulai sekarang......

2009 telah melabuhkan tirainye 2 bulan lalu dan 2010 menjelma dengan penuh semangat dan azam baru

Apekah azam baru aku untuk tahun 2010 ni...
walaupon sudah melewati bulan Januari dan masa semakin menghampiri bulan Mac rasenye masih belom terlambat untuk menanam azam baru 2010...

Yang pertama: mahu menjadi idol kepada Muhammad Muaz HArraz.. di kala ini sedang mengumpul material dan membeli berus warna untuk mewarnai dunia baru baby Muhammad Muaz Harraz yang kini telah menginjak usia 2 bulan... ibu sayang kamu banget...

Yang kedua : Di atas rezeki Muhammad Muaz Harraz... ibu telah berjaya menjadi wanita berkerjaya kembali... oleh yang demikian ibu berazam mahu membelikan kamu troli baru sempena meraih kejayaan ibu yang bercita-cita menjadi wanita, isteri dan ibu yang berkerjaya...hehehe nanti kamu jangan mengungkit hal ini di kemudian hari mengapa setiap Isnin hingga Jumaat , "nanny" kamu yang mandikan kamu di pagi hari dan terpakse minum air botol yang telah dipanaskan. Jangan nakal2 ye sayang ibu bekerja. Nanti ibu pulang kite main pok amai2 ye... I promise.

Azam yang seterusnya........ibu akan tunaikan tahun hadapan..... InsyaAllah...
Okeee...tamat dahulu sesi ngoceh hari ni...
mahu pulang menemui Muhammad Muaz Harraz.. Ibu kangen sama kamu!!
Tata..:)

2 comments:

Arni Yusnita Ahmad said...

suzie!! oh gosh arnie tak tahu suzie dah jadi mommy.

congratulations!!
im so happy for u.

thank u link arnie. i'll link u back. tak penah tau belog suzie ni.

suziekuteri said...

hehehe thanks arnie,
br blaja memblog...
terpikat dgn blog arnie