Friday, June 6, 2014

www.babycenter.com.my/16 minggu...

Dari mengandungkan Si Harraz lagi aku da sign up dengan babycenter ni untuk mengetahui perkembangan lanjut pembesaran baby dalam perut dengan lebih jelas dan terang. Banyak article yang membantu aku dalam persediaan untuk kelahiran. Walaupon ni adalah anak ketiga, tapi aku pasti fasa perkembangan mereka pasti berlainan dan impian untuk setiap ibubapa adalah memastikan setiap anak yang dilahirkan adalah sempurna fizikal dan mental nya. Jadi, aku tidak akan mengambil sebarang risiko yang akan menjejaskan perkembangan baby nanti. So pada ibu bapa yang mencari bahan bacaan berkenaan bayi2 dan anak2 anda bole la lawati web babycenter ni ye. 

Ok, sekarang kandungan aku dan mencecah 16 minggu. Alhamdulilah aku da melewati fasa trimester yang pertama dengan jayanya tanpa sebarang alahan miskipun demam-demam biasa. Syukur aku masih dikurniakan kesihatan yang baik. Dalam 16 minggu ni saiz baby da sebesar avocado dan berat lebih kurang 100g. Kalu ikut buahan tempatan da mcm jambu air merah yang da masak ranum... hhehee mcm nak makan je. Dalam trimenster kedua ni berat akan bertambah dua kali ganda dari sekarang. Ha semua tisu abdomen dan tulang pelviks akan lebih cepat mengembang sebab nak bagi ruang kat baby ni bergerak dan berenang2. Aktiviti baby dalam, perut sekarang ni da pandai main katenye. Kawan permainan dia adalah tali pusat aka plasenta. Ok la kan dari xbuat ape biar dia aktif bergerak. Aiman tak kisah.... 

Ok cite pasal berat pulak. Berat terakhir yang aku capai pada penghujung kandungan adalah 70kg daripada 53kg mase mengandungkan Harraz. Macam gmbar kat bawah ni. 70kg kate ko...

Mase mengandungkan Delisha mungkin perempuan so maximun adalah 68kg daripada 55kg. 
.fuhhhh... ha ni pulak 68kg.


nampak tahap perkembangan baby adalah sama seperti omaknye...

Meh aku share skit kenapa berat aku naik sebegitu rupe.
Sumber daripada Babycenter.com.my

Badan anda akan menjadi sangat besar menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik). 

Berikut adalah beberapa anggaran untuk memberi anda idea tentang beratnya:
  • Semasa lahir, seorang bayi perempuan Malaysia mempunyai berat 3.2kg; bayi lelaki pula 3.4kg. (Delisha 3.2kg manakala Harraz pulak 3.89kg)
  • Cecair amniotik yang menyokong dan menampung bayi anda mempunyai berat 0.8kg.
Tetapi bagaimana pula dengan baki dua pertiga berat yang berlebihan itu? Ini diakibatkan oleh perubahan yang berlaku dalam badan anda semasa hamil. Sekali lagi, angka ini adalah anggaran sahaja:
  • Lapisan otot pada uterus (rahim) membesar secara dramatik dan beratnya bertambah sekitar 0.9kg.
  • Isi padu darah bertambah dan beratnya meningkat sebanyak 1.2kg.
  • Anda mempunyai lebihan cecair dalam badan sebanyak kira-kira 1.2kg.
  • Berat payudara pula meningkat sebanyak 0.4kg.
  • Anda akan menyimpan lemak, kira-kira 4kg, yang akan memberi anda tenaga untuk menyusukan bayi anda.
Menjelang hujung kehamilan, berat badan anda mungkin akan bertambah sebanyak kira-kira 12.5kg berbanding sebelum anda hamil. Ingat, ini hanyalah anggaran kasar pertambahan berat.

OK, memang logik la kalu da naik mcm tu sekali. Tp hati-hati jangan biarkan kenaikan berat itu faktor daripada pemakanan yang tidak sihat pulak.

Ok la. sekian dulu untuk hari ini. Nanti ada free lagi kite cerita pasal makan sihat dan tidak sihat pulak.

Semoga berjumpa lagi.

Ok bye. 

No comments: