Friday, May 15, 2015

Senarai Semak ke Terengganu

Hujung minggu ni, kitaorang nak p Terengganu. Visit Terengganu katenye. Suami punye plan. Bini nak p Port Dickson Lexis Hibiscus suami xlayan. Dekat sangat katenya. Lagipun dia nak g cari ikan baung kat Temerloh dulu sebelum ke Terengganu.

So, keje bini cari port yang baik nak habiskan masa kat Terengganu tu. So, kita mulakan dengan tempat menginap dulu, isteri da google sana sini, suami pilih Sutra Beach Resort tempat menginap. Check in pada 18 Mei 2015 check out 19 Mei 2015. Suami bayar. Ok Done

Kitaorang anak beranak satu mak satu abah 3 orang anak naik kereta je. Ape nak buat dengan mereka-mereka ini. Yang pertama perut mestilah kenyang. Kat Terengganu ni banyak makanan yang unik. Macam Penang jugak. Yang glamour lagi famous ialah  Kepok Lekor la, pastu nasi dagang, sata ikang... haaa. Selain yang disenaraikan tu, aku nak cari sotong tepung goreng dengan sotong sumbat. yang lain-lain tu kalu time p nanti jumpe, kita makan la jugak. Tp yang atas tu yang wajip p cari k???

pas tu, perut da kenyang dan suka hati kita p jalan-jalan. Aku google beberapa tempat yang menarik leh p antaranya ialah :

1) Pulau Warisan
2) Taman Tamadun Islam
3) Pantai Batu Burok
4) Pasar Payang
5) Batik Arfa
6) Masjid Kristal
7) Masjid Terapung.

Okey jom kita cari maklumat tempat-tempat di atas. Sasarannya ialah serampang banyak mata la, iaitu jimat kos dan jimat masa. Kalu berdekatan antara satu sama lain, kita p, kalu jauh sangat kita KIV je len kali kita p. Contoh kita confirm x p Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Belum sesuai lagi nak p. okeh??? Hati da usha2 da dua Pulau tu, xpe xkan lari Malaysia ni kan?? In Sya Allah satu masa nanti.

Memula kenala tgk peta Terengganu dulu. Bajet time nak gerak kol berapa n nak sampi kol berapa. So korang nak buat cenggitu bole guna google map je okey??


Okey macam aku buat kat atas tu, rumah aku pas tu nak singgah Go Bang Ikan Patin then trus shoot ke Kuala Terengganu. Jumlah jarak dan masa da siap-siap da 6 jam lebih dan 534 km lalu Lebuhraya Pantai Timur. Pas tu bole la kira2 kos minyak n nk gerak kol berapa ye.

Dari situ kita bole la buat pelan perjalanan tempat persinggahan yang patut2 la. hehehehe. Sebelum menuju ke Sutra Beach Resorts kitaorang bercadang nk menginap di hotel bajet Kuala Terengganu (KT) dulu sebab kemungkinan kitaorang akan sampai KT lewat petang atau malam. So klu trus check in Sutra agar membazir la sebab da separuh masa kitaorang burn dalam perjalanan dan xduduk hotel.  Suami da soh google hotel bajet yang selesa  dan aku pilih Indah Beach Resort terletak di Pantai Batu Buruk.

Malam tu aku bercadang nak g makan kat D'Ganu Cafe Steamboat ada yang tulis D'ganu Seafood Cafe kat Pulau Duyung dan waktu berniaga adalah dari jam 4pm-12am, sedang elok la tu kitaorg bole singgah sebab 13 minitje dari Indah jauhnya 6 km je. ok pas makan nak wat ape pulak??? Aku bercadang nak g tgk I-City Kuala Terengganu kat Pulau Warisan dekat dengan Pasar Payang katanya. 11.7km dari D'Ganu Cafe 24 minit. Ok la kan ?? Pas tu rehat la balik tido.

ha ok next day punye trip next entry pulak ye. Da panjang da ni.

kbai.







No comments: