Friday, May 15, 2015

Senarai Semak Terengganu part 2

Okey kita sambung cerita perancangan hari yang ke dua pulak ye iaitu pada 18 Mei 2015. ehem birthday aku ni.. yang ke 30.. wow ..3 series tu.

Okey malam tadi kita bermalam di Intan Beach Resort, kita da g makan kat Steamboat D'Ganu Cafe dan I-City Kuala Terengganu. SO pagi hari kedua kita g cari sarapan pulak.. kat mne??? jom kita cari nasi dagang deh?? Nasi Dagang Kak Pah kat Medan Selera Pantai Batu Buruk. Waktu berniaga jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dekat sangat la tu dengan kita orang. hehehehehe...

Lepas sarapan kitaorang nak g Taman Tamadun Islam dekat Pulau Wan Man terdapat  Dekat situ jugak ada jeti River Cruise. Harga tiket dengan waktu operasi klik di sini ye.  harga pakej dua dua tempat pon ada di sini. Dekat sini jugak terletaknya Masjid Kristal . Makan tengahari mungkin kat sini je kot dengan solat sekali.

Lepas tu kalu berminat bole singgah Muzium Negeri Terengganu. Lepas ke Muzium tu boleh menuju ke Pasar Payang. Lepas singgah Pasar Payang, bole singgah sotong goreng tepung Warung Pok Nong yang famous amous tu then trus check in Hotel. Mandi kolam tido dan rehat. Malam dinner kat NR Seafood Village Mengabang Telipat. Balik tidur.

Yang tadi tu cite pasal 18 hb punye. So kita da tido satu mlm semalam, ok mlm nye kita tido Hotel Sutra. Ok ni nak cite cadangan 19hb esok paginye pulak. Sarapan kita akan sarapan pagi di hotel je sebab da complimentary kan rugi jer nanti kalu xsarapan. Then lepak mandi kolam lagi sampai kembang semua. Baru kita kemas2 check out pukul 12 tu. Sebelum berangkat pulang, kita singgah cari buah tangan untuk orang2 Key El, kita singgah beli keropok lekor di kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Da borong-borong semua, bole la kita bersedia mulakan perjalanan pulang. Mayb kita sembahyang Zuhur kat  Masjid Terapung  dan perjalanan pulang kalu belom lambat lagi singgahla Kompleks Batik Noor Arfah dekat Chendering dan makan Nasi Dagang Mak Ngah  kalu da xnak kita singgah Restoran Lempeng Kampung Rusila. Pas tu bole la on the way balik rumah dengan senang hati. Semuat empat yang ingin dilawati da disenaraikan. Ini semua cadangan dan perancangan semata-mata. Semoga Allah memudahkan perancangan kami ini nanti.

Ok semua yang disenaraikan di atas adalah hasil daripada meng'google' berdasarkan maklumat daripada para blogger dan website. So di sini aku ada link dari blog yang da senaraikan  kedai makanan jalan-jalan cari makan Kuala Terengganu. Hampir semua aku da listkan dalam senarai perjalanan aku.

Ok berdasarkan dari map google di bawah menunjukkan perjalanan pulang kami akan melalui Kuantan iaitu Paka, Kerteh, Chukai, Kuantan dan seterusnya Gambang. Perjalanan dari lokasi terakhir hingga ke rumah adalah sejauh 489 km bersamaan 5 jam 30 minit. So kami perlu keluar dari Terengganu selewat2nya selepas Asar dan tengah malam kami tiba di rumah.


Semoga perjalanan kami nanti selamat pergi dan selamat kembali.

Amin.

Kbai



No comments: