Monday, June 1, 2015

Paprik Ayam senang dan mudah

Hai, Assalamualaikum...
Apa khabar semua???
Alhamdulilah da 1 Jun da hari ni.
Kurang lebih lagi 2 minggu kita da nak masuk bulan puasa

Bagi ibu-ibu yang bekerja dan perlu memasak mesti sekarang da sibuk kan cari menu nak berbuka. Dalam FB tu ada sharing pasal 30 hari menu berbuka. Huh berpeluh nok. Siap resepi.  Korang pilih je la nak masak ape kan?

Aku plak tahun ni xpasni sempat masak ke tidak. Tahun lepas balik keje 4.30 da keluar ofis. Tahun ni balik kol 5.00 la. Alasan sebab ada bby. baby aku ni jenis bangun pagi. So pagi2 rumah memang kecoh sikit la. Banyak perkara nak urus walau da urus pon malam, pg tu macam double cek la. So xsempat nak kejar kol 7.30 pagi. Huhuhuhu

Hari-hari bungkus pon jemu jugak kan? xpon kurang menepati citarasa. ataupon mcm ni punya masakan kita pon bole masak. betul tak? Cuma sempat dengan xsempat or rajin dengan xrajin je. Ok kali ni aku nak kongsi resepi kegemaran aku time bulan puasa. Tau kenapa ? sebab dalam satu kuali sekali masak dapat buat lauk dan sayur. Hehehehehehe iaitu PAPRIK Ayam MUDAH dan SENANG. Selain ayam bole je ganti dengan seafood (udang, sotong ) xpun ganti dengan daging lembut pon sedap.

Sayur-Sayuran:

Pilihan aku adalah
Lobak merah
Kacang buncis
Kobis Bunga
Mari jamu mata okeh??
Bahan-Bahan:

Bawang merah
Bawang putih
Cili Merah
Serai (xada dalam gambar)

Hiasan Sampingan:

Bawang besar potong bulat-bulat dan kasar-kasar
Daun limau purut pembangkit selera (harum)
(xada dalam gambar jugak sebab kat pokok lagi.



Sos paprik

Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Sedikit air
Cara-caranya 
dengan konsep mudah dan senang serta pantas 
seperti di bawah:

 
1. Panaskan minyak sedikit
2. Ketukkan serai, tumis sekali dengan bawang merah, bawang putih dan cili api. Tumis sampai bahan layu.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram. Nisbahnya lebih kurang 2:1:1. Sos cili lebih dari yang lain-lain.
4. Tambah sedikit air bagi berkuah sikit sehingga menggelegak.
5. Masukkan ayam yang da dipotong kecik-kecik. (klu potongan besar, disyorkan goreng separuh masak)
6. Ayam da agak masak, masukkan sayur-sayuran seperti kobis bunga, Lobak merah, dengan kacang buncis. Masukkan jugak bawang merah yang telah dipotong bulat-bulat.
7. Perasakan dengan garam dan gula, jangan banyak sangat ye. sebab sos tu da ada bahan perasa.
8. Masukkan daun limau purut sekeping yang da dikoyak2.
9. Gaul bagi semua sama rata dan sedia dihidang. (tips: klu terlebih kuah (berair) campurkan dengan sedikit tepung jagung. bole memekatkan kuah ye. peace yo.

Siap.
Selamat mencuba.
P/S: Sesuai untuk 2 orang makan
        Sukatan agak2 untuk 2 orang makan.

No comments: